Wednesday, December 28, 2011

Moi Sup


Meh makan Moi Sup.......


Semalam menu versi modified leftover food. Bukan apa, sayang pulak bila sup tulang masih banyak berbaki.  Saya memang buat banyak sikit sebab awalnya my husband nak makan bihun sup, tapi bila last minute cancel plan, maka banyaklah sup dalam periuk.

Fikir fikir akhirnya saya decided nak makan moi sup saja malam tadi. Oh ya, MOI itu ialah BUBUR NASI ata Nasi Lembek.... betul ke? hehehehe.....

Ada orang suka makan bubur nasi dengan telur masin ataupun ikan bilis goreng garing, tambah sedikit kicap dan cili... perhhhhhh sedap dah tu. Selalunya saya buat bubur nasi yang mana beras direbus bersama sama dengan ikan bilis hingga hancur dan ditambah dengan sayur kangkung. Resepi dari mak saya sejak kecil kecil lagi. Tapi memandangkan semalam saya ada lebihan sup tulang, jadi kena modified resepi sikit bergantung apa yang ada di rumah. kalau tidak, membazir pulak kan...

MOI
1/2 cawan beras - cuci dan toskan
Air secukupnya
Masukkan semua bahan ke dalam pressure cooker, masak ikut arahan. Kuantiti air bergantung kepada tahap kepekatan moi yang dikehendaki.

IKAN BILIS GORENG
100 gms ikan bilis - digoreng
1 labu bawang besar- dipotong bulat
1 cili hijau - dihiris menyerong
1 cili merah - dihiris menyerong
2 biji cili padi - dihiris menyerong
Kicap manis

Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu. Masukkan cili hijau, merah dan cili padi. Kemudian masukkan kicap dan gaul rata. Masukkan ikan bilis yang siap di goreng, gaul sebati dan bolehlah diangkat.

***
Masukkan moi ke dalam mangkuk, tuangkan kuah sup dan ikan bilis goreng. taburkan dengan daun bawang jika suka.

11 comments :

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Moi sup satu..taruk sambal lebih ya!!!

cik cek said...

Kita pun nak satu...ada lagi kan...tak kang kempunan gigit jari akak..hu hu ..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sedap ni makan waktu winter gini
mai semangkuk akak ngeee

Anna Qawina said...

nak semangkuk..sedapnya...

izahdaut said...

assalamualaikum kak.. lama tak bertandang ke sini. simple sup tapi dah dapat imejin sedap sangat tu.penuh perut kalau dapat semangkuk

Liza said...

salam zila....yg ni mmg peberet anak2 liza, mak dia pun tumpang sekaki....bestttt

kasihredha said...

sedappppnya
nak join makan sekali boleh?

sudipVSsenduk said...

hujan2 makan moi tentu berselera & bertambah2 kan...

blogresipi.com said...

Salam Akak,
saya suka moi sup ada daging camni. kalau urat2 gitu lagi best. :)

Zalia said...

suka makan moi sup... teringat masa zaman2 kat uitm arau dulu... tiap kali klua kangar mesti beli moi sup dekat ngan bus station tu... bau semerbak... yummy

Haryati Kamis said...

Assalamualaikum.

Terima kasih di atas perkongsian resepi ni.Nampak berselera betul lagi2 time panas ni. Nanti bolehlah try. Mohon share ya.

Haryati Kamis
http://atiekamis.blogspot.com/