Friday, December 16, 2011

Menu Ulangan Lagi...... Kari Ikan Mayong



Maaf sebab kebelakangan ini saya kerap letak entry menu ulangan saja.

Kadang kala rasa malas sangat nak letak tapi nanti lama sangat blog tak update pulak. Jadi layan tengok gambar je lah ye.. Masih mencari "Encik Mahmood" yang hilang entah ke mana......

Semalam my husband request nak makan kari kepala ikan Mayong. Boleh dikatakan setiap 2 minggu, mesti saya akan masak kari kepala ikan ni sekali, paling tidak sekali sebulan. Oh ya ada orang panggil ikan Mayong, ada juga yang gelar ikan duri. Tapi saya pernah dengar orang gelarkan ikan ni sebagai "Ikan Plotan", rasanya dari sebelah Utara. Maaf kalau tersilap tapi saya pernah dengar saudara mara saya dari sebelah utara yang menggunakan istilah Ikan Plotan ni.

Mood nak ambil gambar pun tak berapa nak ada, so snap apa yang sempat saja. Malas sungguh nak cari props, jadi sambar saja apa yang ada berdekatan. Insayaallah, esok kami akan balik ke Perlis. Rasanya tak sempat nak merayap ke mana mana sebab masa yang agak singkat. Tapi mungkin akan singgah tempat tempat yang "wajib" kalau ke Perlis.

Bulan lepas masa saya balik ke Perlis, kebetulan ada my ex classmate yang membawa keluarganya bercuti ke Perlis. Dia ada bertanya kepada saya tentang satu kedai makan yang agak popular di Perlis, kalau tidak silap saya nama kedai itu ada perkataan "Anjung.......". Since saya pun tak begitu pasti, jadi tak dapatlah saya nak menunjukkan kepada mereka. 

Mungkin ada pembaca yang ariff dan familiar dengan tempat makan ini boleh kongsikan dengan saya. Manalah tau kan, kalau ada kesempatan, boleh juga saya pergi mencuba makanan di situ. 



9 comments :

Ayu said...

Assalam zila,
sihat ke tu?..lama tak singgah sini..gamabr2 zila tak payah props pun dah lawa dah..makin mantops kita tengok..happy holidyas ya zila..

Nuridah said...

Assalamualaikum Zila,

mmg lama tk nampak Zila nie...sesekali keluar lauk kari ikan..hmmm kak nur suka mkn kari ikan...nampak sedap aah...gambar pun semakin mantop gitu..betul kata ayu tu tk yah props...make simple aja pun dh nampak ala2 good photographer. Biasa good photographer they don't need props betul tk Zila?? Gambar you memang ada class...you go girl!!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam zila..
ramai peminat ikan mayong ni kan? sy aje yg tak pernah memasaknya.. cik abg pun tak pernah membeli apalagi nak harap sy yg beli.. hehe.. mcm tak reti nak menyiang ikan jenis licin2 ni.. hatta ikan keli pun sy tak pernah beli.. tp pernahla mkn kalau masak kat kg hubby... itupun mertua yg siang..

tak pernah lg sampai ke perlis tu.. dulu akak ipar pernah dok sana sbb ikut husband dia askar.. skrg dah pencen dah dah pindah ke perak.. tak tau bilalah nak sampai ke perlis tu.. hehe.. selamat bercuti ye!

Liza said...

salam zila...bestnya ikan mayong ni...Liza suka jnis ikan2 yg berlendir cmni...rasa sedap sgt....hihihi

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

menu ulangan yg sedap ni akak...
darl ai pun suka makan ....kari hari2 pun x pa...mamak penang katakan ngeee

cik cek said...

Nampak sedap...gambo pun menggoda...:)

dZana said...

Aslmkum hazila.. apa kbr.. klau msk kari akk suke ratah2 lepas mkan.. tpi thb akk suke msk asam pedas ..

Amie said...

Assalam Hazila,
banyak menu ikan yang sedap di dapur Hazila,
kelmarin Amie masak ikut resepi di sini, minta izin ye...minta halal, Amie guna resepi kari kepala ikan dengan bamboo shoot, terima kasih ye hazila.

blogresipi.com said...

salam akak, kat kampung saya pun panggil ikan duri. sedap ikan ni masak kari. selamat bercuti akak :)