Tuesday, December 13, 2011

Spicy Angel Hair with Clams and Spinach


Salam buat semua....

Rasanya bualan December ini saya tak begitu productive, sebab ini baru entry kedua bagi bulan ini. Bukannya tak masak, cuma agak malas nak ambil gambar. Lagipun bila ada ramai anak anak saudara di rumah, masing masing asyik kelaparan saja, sebaik masak terus hidang untuk dimakan. Tak sempat lagi nak posing makanan macam selalu.

Hari Sabtu lepas 3 orang anak saudara yang dari Terengganu dah balik ke rumah emak saya sebab adik saya masih lagi di sana. Mungkin hujung minggu ini baru mereka pulang ke Terengganu. Sementara anak saudara suami saya dari Perlis masih ada di rumah saya, insyaallah hujung minggu ini kami akan hantarnya ke Perlis pulak. Sebulan dua ni saya memang agak penat, sekarang pun badan rasa lemah saja. Letih pulak kalau asyik travel ke sana sini, maklumlah badan bukannya masih muda lagi.

Saya ada cadangkan pada suami saya suami ambil saya flight dari Subang ke Alor Star untuk hantar anak saudara tu, sebab boleh jimatkan masa dan takdelah penat memandu ulang alik dari Shah Alam ke Perlis dan balik ke Shah Alam semula. Tapi my husband cakap tak selesa sebab susah nak ke sana sini kalau tak ada kereta. Memang la boleh pinjam kereta sedara mara tapi my husband kurang selesa memandu kereta orang. So kebarangkalain kami memandu balik Perlis memang tinggi.

Berbalik pada entry kali ini, saya masak Spicy Angel Hair Pasta with Clams and Spinach. Saya memang suka one dish macam ni sebab senang dan tak perlu masa yang lama untuk memasaknya. Kebetulan anak saudara suami saya kurang makan nasi dan lebih suka makan mee atau yang seangkatan dengannya. Lagilah senang kerja saya.


Bahan bahan

Angel Hair Pasta - Rebus hingga lembut
200 gms Kepah Merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili padi
Sedikit daun bayam
1/4 cawan air
Sedikit pati ikan bilis
Minyak zaitun untuk menumis
Garam Secukup rasa

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang dimayang dan cili padi yang telah dihiris hingga naik bau.
2. Masukkan kepah dan air, masak hingga semua kepah terbuka. Masukkan pati ikan bilis dan perasakan dengan garam.
3. Kemudian masukkan sayur bayam, gaul sekata dan biarkan hingga sayur bayam layu. Masukkan angel hair pasta, gaul sekata dan biarkan seketika dan bolehlah matikan api.
4. Sedia untuk dihidang.

6 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sedap!
mesti meriah umah akak anak sedara terjah khen....luoa la cuti sekolah kan

Gee® said...

ye lah Zila, kak gee pon dah malas nk berblogging sekarang... tp sayang pulak nk biarkn dapor bersawang... paksa jugak la hapdet wpon masakan biasa2 aje...

Liza said...

salam zila...akak suka jugak mkn simple2 cmni, dapat jugak buang lemak2 kat badan....ekekekeek

hazila said...

Ayu,
Meriah la sekejap, nanti semua balik sunyi la pulak.

hazila said...

Kak Gee,
Betul la , bila lama tak update blog, nak start rasa cam malas je. Tapi kesian kat blog dan juga tetamu yg bertandang pulak...

hazila said...

Kak Liza,
Yelah kan, kalau org kita selalu makan berlemak cam kari dan masak lemak. Dah tu nak masak ambil masa lama, bila makan tak seberapa pun.