Saturday, January 17, 2009

Kepah Masak Serai


Semalam masa pegi pasar, saya beli kepah 1/2 kilo. Saya suka masak yang simple dan tak berlemak. Jadi saya cuba resepi dari Kak Nor @ MyR ni. Memang sedap mungkin sebab masukkan sos tiram. Saya kopipes resepi Kak Nor je lah....

Bahan-bahan
500 gm lala - dibersihkan dan toskan
3 batang serai - dipotong serong
3 ulas bawang putih - diketuk
1in halia - dipotong panjang
5 biji cili api - diketuk
1 sb sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat
daun bawang, tomato ceri
garam dan gula utk perasa
2 sb minyak

Cara-cara
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
  • Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan lala.
  • Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
  • Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
  • Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih

No comments :