Thursday, February 21, 2013

Fluffy Buttermilk Waffles


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sudah sarapan? Menu apa agaknya pagi tadi. Sesetengah orang suka ambil sarapan yang agak berat dan sesetengah pula suka yang lebih ringan. Ada juga yang tak suka bersarapan.

Walau bagaimana pun sarapan adalah amat penting untuk permulaan setiap hari.



Hari ini saya hanya buat simple breakfast, 
Fluffy Buttermilk Waffles.

Sejak berkenalan dengan buttermilk, rasa macam dah "jatuh cinta" pula. Dulu buat pancakes guna buttermilk, memang gebu dan lembut. Sekarang bila buat waffles pun jadi gebu dan lembut juga even bila sudah sejuk.


FLUFFY BUTTERMILK WAFFLES
Sources: Smitten Kitchen
Olahan: My Small Kitchen

Bahan bahan

2 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking soda
2 sudu makan gula pasir
2 biji telur
2 sudu makan minyak jagung
1 3/4 cawan Buttermilk ( saya gantikan dengan 1 1/2 cawan susu segar + 1/4 cawan Greek Yogurt)
Sedikit minyak untuk glis waffle maker

Cara cara
1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali telur. Gaul sekata.
2. Pukul telur hingga kembang/gebu, kemudian masukkan ke dalam adunan (1). Gaul sebati dan biarkan seketika.
3. Panaskan acuan waffle, gliskan dengan sedikit minyak, tuang adunan dan bakar waffle mengikut arahan pada waffle maker. Ambil masa kira kira 5-6 minit kalau suka permukaannya sedikit garing.
4. Hidangkan bersama butter/jem pilihan/buah buahan ataupun maple syrup.




8 comments :

uNa said...

salm kenal

xpenah buat kat umah benda-benda mcm ni..one day kne try jugak ni

mama sara nur said...

selalu jg beli sb anak2 suker makan tp x penah cuba sb kena guna acuannya kan
sedappp dgn buah anggur tu ini akak pun layan kalu ada he hee

Rohah said...

berkecap lidah saya kak membayangkan keenakannya, tapi sayang acuannya saya tak ada..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tak dpt nak buat sbb takde lagi acuannya..

anak2 sy suka juga mkn waffle ni (yg beli la).. tp rasanya kalau buat kt rumah utk sarapan mmg dorang akan request sarapan savoury juga.. hihi..

zila norazila said...

Ank zila pun minat nie..tp x trbeli lg acuanya..

Asyifa Mustaffa said...

Bestnya dpt buat ni....tp acuan x de....

ana said...

Salam hazila. Sedapnya. Nak wat nanti la. Tp nk infm hazila sya dah try buttermilk pancake dr dapur sini. Memang mabeles. Sedappp..... gebu pulak tu. Lembut je masuk tekak hehehe...
Pas ni nk wat buttermilk waffle ni pulak... Nak rasa kegebuaannye pulak... Makasih share resepi.

ana said...

Salam hazila. Sedapnya. Nak wat nanti la. Tp nk infm hazila sya dah try buttermilk pancake dr dapur sini. Memang mabeles. Sedappp..... gebu pulak tu. Lembut je masuk tekak hehehe...
Pas ni nk wat buttermilk waffle ni pulak... Nak rasa kegebuaannye pulak... Makasih share resepi.