Wednesday, November 2, 2011

Koay Teow Soup with Meatballs


Malam ni makan koay teow soup dengan meatballs sambil layan TV. Saya cuma buat simple soup. Mood rajin dah melayang....

Bahan bahan
Koay teow
Bebola daging
3 ulas bawang putih - dicincang
2 cm halia - dimayang
3 ulas bawang merah - ditumbuk hancur
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
serbuk lada putih
Sedikit pati lembu knorr
Air secukupnya
Sedikit taugeh, sayur sawi
Minyak untuk menumis
Sambal kicap

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, dicincang dan dimayang serta bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan bebola daging dan pati lembu. Biarkan seketika, perasakan dengan garam dan lada sulah.
3. Angkat bila sup sudah masak. Masukkan koay teow, taugeh dan sawi yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Tuang kuah ke atasnya. Sedai dinikmati dengan sambal kicap.


Koay Teow sup yang penuh dengan meatballs.

15 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Jakun x besa mkn KT ngan meatballs lg
Selalu buat mkn ngan spaghetti jer
Ni Kena tunggu mood rajin sbb Kena homemade meatball tu ngeee

farhanna said...

hurmhh sedapnyer.. lg sedap kalau dpt rs

kasihredha said...

bakso bakso...
kat Indon panggil bakso ni
sukeee...ada lagi? *tanya dgn sopan santun*

Mas said...

hi...
memalam gini tayang keuy teow sup ni perut jg lapor plak :)

blogresipi.com said...

Amboi gemuk gemuknye taugeh akak tu. Geram tengok. Saya dok bercita cita nak makan sup gini dengan dumpling. Tah bila nk jadi kenyataan. Saya ngan dumpling ni tak berapa nk berjodoh. asik tak menjadi je kalo buat. hehe
Ijan

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Adoi...pagi2 udah digoda dengan kuey teaw soup.....mak aii meleleh air liur ni..sedap makan dengan sambal kicap. Kena cari daging la boleh buat masa cuti adil adha... SELAMAT HARI RAYA ADIL ADHA Liza

hazila said...

Ayu,
kalau buat meatballs sendiri lagi sedap dan fresh. Yang beli ni silap haribulan berbau sikit.

hazila said...

farhana,
kalau duduk sebelah rumah, akak hantar semangkuk tadi...

hazila said...

kasihredha,
yelah kak, macam bakso. Buat sikit je, sekali makan.

hazila said...

Mas,
maklumlah hujan je, perut pun apalagi berbunyi bunyi la. Sedap kalau makan sup hangat waktu macam ni..

chikadakbiru said...

salam kak ila..

sedapnye kalau dpt makan koteow dgn meatball nih...teringat plak kat bakso hihi..

hazila said...

Ijan,
gemuk kan taugeh tu, crunchy lagi.Akak pun teringin nak makan sup dumpling.

hazila said...

Kak Paty,
betul la, raya nanti mesti dapat daging korban. Boleh buat sup daging...

hazila said...

chikadakbiru,
akak pun tak perasan macam bakso. Bila kak kasihredha cakap baru teringat.

Amie said...

memang bakso tu...sedapnya!!! mintalah semangkuk...dah terbau semerbak aroma sup tu...