Thursday, November 24, 2011

Egg Benedict - Menu Ulangan


Hari ini tayang menu ulangan yang agak lama juga tak buat.

Dua tiga hari ni orang dalam rumah rasa kurang sihat, badan panas, hidung berair dan asyik bersin saja. Selera makan pun tak berapa nak ada. Jadi untuk makan malam memang saya hanya masak yang simple sebab kadang kala my husband hanya makan 2,3 kali suap saja. Perit tekak katanya. 

So pagi tadi saya hanya buat Egg Benedict yang simple dan ambil masa yang sedikit untuk disediakan. Saya pernah nampak di internet satu lagi version of Egg Bedenict. Tapi ia menggunakan English muffin dan poached eggs. Kalau weekened bolehlah cuba tapi kalau hari bekerja memang tak sempat kecuali kalau dah sedaiakan muffin tu awal.



Bahan bahan yang diperlukan pun tak banyak, roti putih, telur,sedikit garam, lada sulah/lada hitam, cheese jika suka. Apa yang buat ialah, saya potong bahagian tepi roti, sapu sedikit butter di dalam ramekin dan masukkan roti tadi ke dalam ramekin. Tolak sedikit di bahagian tengah roti supaya membentuk perigi. Pecahkan telur ke dalam "perigi" tadi. Taburkan sedikit garam, lada sulah dan jika suka taburkan dengan grated mozzarella cheese. Bakar di dalam oven sehingga putih telur bertukar keputih putihan. Jika terlalu lama, telur akan bertukar menjadi keras tetapi bergantung pada selera masing masing.


11 comments :

Amie said...

Selamat pagi Hazila,
tak kisahlah walau menu ulang tayang... yang penting sedapppp mata memandang.... cuci mata di sini ah...

lina said...

salam - menu ni dlm list Insya ALLAH nak mencuba nya pasti sedap kan.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ini sarapan sihat ni.. sesuailah utk org2 yg kurang sihat.. dah lama jugak tak buat..

Puan Ros said...

Esok mesti nak buat.

hazila said...

Amie,
bila badan tak berapa sihat,mulalah nak buat menu ulang tayang je..

hazila said...

lina,
menu yang senang dan cepat disediakan.

hazila said...

Ratna,
orang yg tak sihat ni tekak rasa cam pahit je, nak masak yg berat pagi pagi rasa malas la pulak.

hazila said...

Puan Ros,
Senang je nak buat ni...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

rajinnyer akak
ni mesti darl ai suker makan

dZana said...

anak bujang akk mesti suke menu cam ni.. yg pempuan tu nasi jer fav nya.. tak prnh buat ni..

Ann said...

wah... 1st time jumpa cara buat egg benedict guna oven.. Hubby yg introduce egg benedict nih tp guna tradisional way ler.. rebus telur setengah masak atas roti bakar.. nak amik resepi yer..nak try this weekend.. :-)