Tuesday, November 22, 2011

Roti Jala Kuah Durian

Durian Musang King

Sebabkan malam tadi Malaysia menang pingat emas, apakata pagi ini kita makan Kuah durian dengan roti jala... Kuah durian saya buat malam tadi masa orang lain sedang sibuk menonton perlawanan bolasepak. Sementara roti jala tu saya menjala pagi pagi tadi. Pagi ni ramai orang bercakap pasal perlawanan bola malam tadi, kalau kat FB macam macam komen yang keluar...



Kuah Durian/Pengat Durian/Serawa Durian bergantung pada orang negeri mana, sedap juga kalau cicah dengan roti. Ada juga orang yang suka makan dengan pulut kukus.

Kuah Durian versi saya yang tak berapa nak rajin....

1 kotak santan ( anggaran 200 ml )
600 ml air
1/2 cawan gula pasir - bergantung pada kemanisan masing masing
Secubit garam
1 sudu makan sagu biji - rendam terlebih dahulu
1 helai daun pandan - disimpul
3 ulas isi durian

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, didihkan dengan api perlahan. Sentiasa kacau supaya kuah tidak meruap atau membentuk kepala santan.
2. Sedia untuk dihidangkan.




Saya sertakan  resepi Roti Jala dari kak Yatiezaini seperti dibawah. Tapi sebab ahli keluarga saya "ramai sangat", jadi saya cuma buat  kurang dari 1/4 dari resepi asal. Kali ini saya tak letak susu cair sebab tak ada stock di rumah.

Bahan-bahan ( anggaran 80kpg..klu buat kecil lagi ler byk dpt )

1kg tepung gandum
1 tin susu cair
4 tin air (guna tin susu)
4 biji telur
sedikit esen vanila, pewarna kuning dan garam
sedikit minyak masak utk melenser dan acuan roti jala

Cara-cara

Satukan bahan 1 - 5 dan kacau hingga tidak bergentel
Masukkn adunan tadi kedalam blender .. dan blend sekejap sehingga habis semua adunan dan kemudian di tapis
Panaskan kuali leper non stick & sapukan sedikit minyak masak. Masukkn adunan kedlam acuan roti jala & jalakan di atas kuali..
biarkan sekejap sehingga roti jala itu masak.. bolehlah diangkat & dilipat mengikut citarasa masing-masing.









10 comments :

MRS. K said...

cantiknya roti jala...

chikadakbiru said...

hmm meleleh tgk..dh lama tak pekena roti jala n kuah doriyan...waaa nangis tgk..

Qhaifa Nur said...

aduh, sedapnya pagi2 ni dapat pekena roti jala & kuah durian....

Amie said...

memang cukup lengkap di sini...dah makan sambal kuini... dijamu lagi dengan durian...tak nak balik, nak lepak sampai petang...

dZana said...

aduhai.. sedapnya.. dah smpai musim durian smula.. musang king mmg best..

Chik Mimi said...

sedapnya lama kita tak mejala tapi anak2 prefer kuah gulai jugak

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

deriannnnn
nanak sebiji
sedapnyer....terlioq giler2 ni tgk :(

norhanim md zain said...

tak tahan tengok buah durian tu..mesti lemak n manis ye...

kasihredha said...

cantiknya isi derian tu..
akak panggil pengat durian :)

blogresipi.com said...

Hari tu pegi helsinki saya beli durian frozen. jadi tongkol emas dah agaknye dalam peti ais tu. hehe... tak sabar nak buat kuah durian & roti jala cam akak buat ni :)
Ijan