Monday, November 7, 2011

Nasi Goreng kampung


Nasi Goreng Kampung

Hari ini perut saya dah senak mungkin sebab asyik membaham ketupat dan rendang dari semalam. Sehari sebelum raya, saya dan suami ke pasar cari barang untuk masak juadah hari raya. Walaupun hanya kami berdua, kena juga siapkan ketupat dan rendang. My husband orang Utara, jadi dia memang suka makan ketupat daun palas (pulut) dengan kari daging. Saya pula lebih prefer ketupat nasi dengan rendang ayam. Masalahnya sekarang...... saya tak pandai nak balut ketupat daun palas. Dah beberapa kali belajar tapi asyik fail je, mak saya cakap ketupat betina ke, ketupat jantan ke.... entahlah. Kebetulan pulak, daging lembu fresh dah habis, tinggal yang frozen saja, jadi my husband cakap masak rendang ayam dengan ketupat nasi je lah...

Mula mula nak buat 1/2 ekor ayam saja, tapi bila fikir fikir semula, lebih baik buat seekor terus. Boleh juga ulang makan bila terasa nak makan....  Nasib baik saya masak seekor, sebab malam raya tu my husband cakap ada kawannya nak datang beraya di rumah. Lepas tu terfikir pulak, tak kan nak jamu ketupat nasi dengan rendang saja, apalagi bergegas check ada tak bihun dalam kabinet.... Sebabkan siang tu saya dah buat sup gear box, so satu lagi menu kecemasan ialah bihun sup tanpa accesories.....


Lunch hari ni saya buat Nasi Goreng Kampung bersama sama dengan sup ayam kosong. Biasanya orang akan goreng ikan bilis garing dan taburkan diatas nasi tu bila nak makan, tapi kali ni saya tumbuk ikan bilis bersama sama dengan bawang merah, bawang putih, cili padi dan sedikit garam. saya juga masukkan sedikit isi ayam. Alhamdulillah... kenyang.


Sup Ayam & Air Ribena

11 comments :

kasihredha said...

sedapnya..:)
bekas besi tu yg menarik minat akak :)

farhanna said...

klasik n menarik...

iva said...

waaahh nasi lemak kampung mmg favourite saya, especially kalau betul2 pedas. lapar pulak tgk gambar ni...

Zalia said...

bekas besi tu betul2 mengimbau kenangan kecik2 dulu :)

hazila said...

kasihredha,
hehehehe....baru pergi cari kat kedai baranganrumah. murah je kak.

hazila said...

farhanna,
yelah kan, kadang kala barangan lama nampak menarik. ( Sebenarnya baru je beli pinggan tin tu..)

hazila said...

Iva,
Saya pun suka kalau pedas sikit, lagi laju makan...

hazila said...

Zalia,
betul tu, dulu dulu mana nak mampu guna corell ke, vintage ke tambahan kalau pinggan mangkuk yg hibu hibu regenya.

sudipVSsenduk said...

oh, mmg sungguh kampung.. kalau dpt makan bawah pokok tepi bendang lagi syok...

Cik Puan Izan❤ said...

hai salam kenal... sedapnya nampak nasi goreng kampung tu...dahla tgh lapar...huhuhu... saya selalu lepak blog ni tapi baru nak follow..^^

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

asyik layan menu raya bila nampak nasi goreng kampong ni memang boleh buat terliur... huhu..