Wednesday, February 1, 2012

Kek Chiffon Labu........ yang tak berapa menjadi.


Sudah beberapa hari tak update blog...


Sebenarnya dah hampir seminggu tuan rumah tak berapa sihat, asyik bersin, batuk, selsema, sakit tekak dan macam macam lagi. Maklumlah bila umur makin meningkat, tahap ketahanan melawan penyakit semakin berkurangan. Sekarang pun masih belum sihat lagi, suara pulak bukan setakat seksi, malah "seksa" pada tuan badan dan sesiapa yang mendengarnya. Nak berdepan dengan orang pun kurang selesa, sebabnya asyik batuk dan bersin saja.

Tapi yang paling tension bila tak boleh tidur malam sebab asyik terjaga dan batuk sampai perit tekak. Bila dah terjaga, bukannya senang nak tidue semula. Apalagi, esoknya kepala pun mulalah berdenyut denyut.....



Beberapa hari juga saya tak masak, bila dua tua tak sihat, tekak mula rasa pahit dan tak ada selera nak makan. Kalau masak pun, makannya tak seberapa. Tapi saya dah start memasak semalam, yang simple simple saja.

Bila dah lama tak mencuba resepi, tangan mulalah gatal. Sebenarnya hari ahad lepas, kami ke pasaraya yang tujuan asalnya untuk membeli groceries. Tapi biasalah kan, mesti melencong dari tujuan asal. My husband cakap, "mata tu tajam je...." hehehehehe...... nak buat camne kan, naluri. Alasan tak henggat dunia.


Ayat yang biasa biasa keluar dari mulut bila nak masuk kedai menjual alat main masak masak ialah, " ala nak masuk sekejap je, just nak tengok tengok". Boleh percaya ke?
Sedar sedar, keluar dengan satu beg plastik yang penuh dengan beberapa barang termasuk la 4 jenis silicone mould. Itu baru tengok tengok.....

Apalagi tangan mula gatal nak test silicone mould yang dah dibeli tu.  Jadi cari resepi kek chiffon, terjumpa satu resepi kek chiffon yang menggunakan labu dari sebuah majalah masakan. Sebelum tu dah surf kat internet, so sempat la compare bahan bahan yang digunakan. Tapi biasalah, kalau dah dasar suka derhaka kat resepi, maka kek chiffon saya tidak menjadi seperti yang sepatutnya. Dah jadi seperti bingka, tidak bantat, kek tetap lembut dan gebu cuma tidak seperti tekstur kek chiffon yang sepatutnya.



Rasanya ada beberapa kesilapan dan masalah teknikal semasa membuatnya. Pertama putih telur saya tidak betul betul menjadi soft peak walaupun agak lama juga saya putar. Kedua, dalam resepi hanya menggunakan putih telur, tapi dalam resepi lain menggunakan putih dan merah, so saya dengan bangganya masukkan telur merah (inilah derhaka namanya). Yang ketiga, sepatutnya bila dah masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang supaya kek sejuk sebelum dikeluarkan. tapi memandangkan silicon mould tu lembik, memang susah nak letakkan dalam kedudukan terbalik, kek yang di dalam tu keluar sekali.

Tapi masa kek tu sedang dibakar, memang cantik je dia naik, bila saya nak terbalikkan, kek tu berdebab jatuh. Nasib baik ada pinggan kat bawah.

So, buat masa ni saya tak letak resepi sehingga saya berjaya membuatnya.

14 comments :

chikadakbiru said...

kalau jadi mesti gempaq kan..tak pernah lagi tengok teman2 tayang resepi chiffon yg guna SM nih.. :)

Chah said...

mungkin sifat silicone ni tk mampu nk hold kek tu agaknya...derhaka lagi! * bab derhaka tu rasanya kesukaan sumer org tu...try n error...biasalah, tk cuba tk tahu. ataupun sifat labu yang berat? janji x di tong tam kan, ok le tu...demam2pun masuk dapur...

hazila dah cuba air asam jawa embun kan? masuk gula batu sket..kenkadang tu ubat2 moden mmg tk berapa nk jalan...take care!

hazila said...

chikadakbiru,
itulah, tak nampak org tayang kejadian kek yg guna SM.

KakAsma said...

zila,petua akak nie dah ramai yang buat,alhamdulilah menjadi..kisar epal hijau dengan gula batu,air masak,tapis dan minum airnya..InsyaALLAH batuk tu hilang..kena rajin sketlaa yer..semuga cepat sembuh..

hazila said...

chah,
hehehhe...asyik nak derhaka je, tu la pasal kan. Rasanya sebab dah masuk labu jadi dia tak letak kuning telur lagi. Anyway minum air asam tapi tak sempat nak embunkan pun...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kita pun rasa sama mcm chah juga... mungkin sebab SM tu memang jenis acuan yg mudah lekangkan kek.. jd dah tentu2la kek tu mudah keluar dari acuannya... rasanya tak sesuai kot buat chiffon dlm acuan tu.. sbb SM tak boleh nak hold kek yg dah masak tu... apa2pun.. mesti rasa dia tetap sedap kan? terkenang2 kat bingka labu yg buat tak lama dulu.. best sgt2..

hazila said...

kak asma,
thanks for petua tu, nanti boleh cuba pulak.

hazila said...

Madiha,
rasanya itu pun salah satu sebab. Tapi dah seakan bingka labu la kan. Boleh makan kira ok la kan. Mungkin SM sesuai utk bingka atau kek biasa.

Liza said...

salam zila...walaupun mcam bingka, tp rasa2nya dah abis kan...hihihihihi
Akak pun cmtu jgak, kalau jumpa kedai alat2 masak ni, mcam ada hantu yg panggil masuk...ekekekekeke

Ummi said...

Waaah mencipon dia...xpa laaa rupa x secantik mana, asalkan rasanya mmg sedap Hazila kan...kalau bg akak, x kira dah, akak tibai jek...hehe

ummiaisyah said...

siannya k zila x sihat..try mkn madu asli....atau mkn suplemen TF..utk imunkn bdn.. take care baby..

izahdaut said...

k zila, saya pernah terbaca yang SM tak sesuai nak bakor kek ciffon. sejauh mana kebenarannya..wallahua'lam.... tapi kalau menu labu, tak jadi cifon pun aih sedap aje. hehe

~K Ham~ said...

hazila... practice make perfect right...keep on trying dear...

blogresipi.com said...

Salam Kak Hazila,
Saya suka juga apa2 yang berasaskan labu ni. Memang best. Tp belum pernah cuba kek chiffon :)

Hopefully akak cepat sembuh ye. Di sini pun musim batuk dan selsema juga :(