Wednesday, February 8, 2012

Brownies Pisang



Dalam keaadaan yang kurang sihat sepenuhnya pun masih excited nak mencuba resepi di dapur. Bukan apa, kalau nak ikutkan hati memang nak baring je melayan badan yang tidak sihat. Tapi bila difikirkan semula, badan akan jadi lebih tak bermaya kalau asyik nak berbaring saja.

Semalam, memandangkan saya ada masa yang tak tau nak buat apa, saya ke dapur menggodek apa yang patut untuk buat kunyahan. Patutnya bersenam untuk keluarkan peluh tapi lebih teruja nak manambahkan kilo di badan. Apa kata mari kita makan Brownies Pisang yang saya ambil resepinya dari Majalah SEDAP.



BAHAN BAHAN

75 gms butter
200 gms coklat masakan, dipotong potong
100 gms pisang emas, kisar halus
2 biji telur
50 gms tepung gandum
20 gms serbuk koko
1/4 sudu teh serbuk penaik
50 gms kacang gajus/tanah, sangai dan cincang kasar
75 gms coklat chips
Hirisan badan untuk taburan

CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan butter, padamkan api dan masukkan potongan coklat masakan. Kacau hingga sebati, masukkan pisang dan kacau rata. Ketepikan.
2. Campurkan telur, gula pasir, campuran coklat tadi, tepung gandum, serbuk penaik dan pukul perlhan dengan kecepatan rendah. Masukkan kacang dan coklat chips.
3. Sapukan loyang dengan butter dan kertas kalis minyak. Tuangkan adunan tadi dan taburkan hirisan badam.
4. Bakar selma 40 minint dengan suhu ketuhar 180 darjah celcius atau sehingga masak. Sejukkan.

12 comments :

Gee® said...

mabeles...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

kenapa harus gi goda nafsu makan ai ni...owh tidakkk tutup mata...haty merota2 suruh buat dah ni ngeeee

~K Ham~ said...

as salam....boleh la kak ham mencuba brownies pisang ni....tq hazila for the resepi....tq dear..

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Anything about chocolate and banana is great

Cendana Kasih said...

nampak pun dah sedap...

Qasey Honey said...

wow brownies pisang la pulak...tntu sedap ni...suka brownies...tq resepi

Ribbon Clown said...

Cantik gambar..I suka background color kayu tuh.. Tah bila nk buat tah.. Hihi brownies pun marvelous..

ummiaisyah said...

so gojes la k zila...ala-ala vintage gitu

blogresipi.com said...

Salam Kak Hazila,
Macam RC, saya pun teringin nak ada prop kayu macam akak ni. Tp disini susah lah nak cari. Kena tunggu balik Msia dulu agaknye. hehe... cantik dan menarik :)

cik cek said...

Emmmm...bestnya brownies pisang....coklat + pisang...memang marbeles...:)
Dah baik demam ke...hope sihat2 selalu ya...

sudipVSsenduk said...

brownies yg perfecto! yum yum yum

ibundo said...

suka tengok resepi dan gambar kat sini...