Wednesday, February 15, 2012

Grilled Clams with Sambal


Akhirnya habis juga Oreo Cheese Cake saya.....

Itupun selepas mencar mangsa mangsa untuk tolong saya habiskan. Itu yang payah nak buat kek kat rumah sebab seksa nak cari orang tolong habiskan.


Hari ni tak boleh type panjang lebar sebab sibuk sangat, so terus pada menu makan malam tadi. Sebabkan banyak stok seafood, so seminggu ni memang layan menu seafood je lah kan. Malam tadi saya masak lauk ketam dan kepah. Resepi yang simple dan hanya ambil masa yang sekejap untuk menyediakannya.

Bahan bahan

500 gms kepah - cuci dan toskan
2 sudu makan chili prawns ( ready made dalam botol - ada jenama Agromas)
1 sudu makan sos tiram
1 pokok daun bawang - potong kecil
4 batang kacang bendi
Aluminium foil untuk membungkus

Cara cara
1. Lipat aluminium foil seperti pocket bag.
2. Di dalam bekas, campurkan kepah, chili prawns, sos tiram, daun bawang dan kacang bendi. Gaul sekata.
3. Masukkan semua bahan tadi ke dalam aluminium foil. Tutup kemas.
4. Bakar di atas BBQ Grill atau masukkan ke dalam oven dan grill lebih kurang 10 minit pada suhu 180 darjah celcius.
5. Sedia untuk dinikmati dengan nasi hangat.

8 comments :

KhaiZa said...

thanks share resepi ni... boleh cuba nanti

cik cek said...

Sedapnya....lama sgt tak masak menu cam gini....:)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

cheq suka makan jenis ni
tapi heroes dalam umah ni bo layan...adehhhh rugi kan...

kasihredha said...

ahhh oreo cheese cake dah habis? baru nak mintak...hihi
aduhai...masuk je sini misti lapar

Messy Mummy said...
This comment has been removed by the author.
MaDiHaA a.k.a Ratna said...

rajin zila beli kepah ek? rasanya sy tak pernah lagi masak kepah.. sbb dok teringat masa budak2 dulu mak masak (yg cari sendiri kat pantai) isi kepah ni sikit bila siap masak. sampai skrg ni rasa mcm kalau beli sekilo tu sure tak cukup mkn anak beranak.. hihihi.. tp bila tgk zila masak ni nampak menyelerakan pula.. kena cari kat pasar baru ada ni.. kat kedai runcit sini jarang nampak..

ibundo said...

emmmm.. sedapnya.

Amie said...

Sedapnya kepah! Ratah-ratah aje...tak tersedar boleh habis semangkuk!