Friday, February 19, 2010

Makan Ala Kampung

Kebetulan, masa balik Perlis hari tu, banyak betul orang jual Siput Mentarang ni. Saya pernah beli di Pasar Tani Stadium Shah Alam. Harganya lebih kurang RM 8 /RM 10 sekilogram. Tapi kat sana cuma RM 5 / RM 6 sekilo. Puaslah makan sampai sakit perut.



Cuba tengok siput mentarang yang ini, saiznya hampir sama dengan tapak tangan makcik yg jual tu. Memang fresh dan manis rasanya.



Lepas cuci, bakar je siput ni atas bara api. Tak perlu letak garam atau sebarang perisa makanan.Sedap sangat...



Lepas bakar mentarang, sambung bakar ikan pulak...



Lepas tu bakar sotong..



Yang ini pulak, Gulai ikan haruan dengan rebung. perhhh...tak angkat kepala la masa makan.

5 comments :

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam zila...waaa sedapnya.....mentarang tu tak bakaq sekali ka

hazila said...

Alimaz,
Ada, yang bakar habis dulu.

Noorma Ismail said...

Zila, mentarang tu masak apa yang sedap...pernah nampak orang jual kat Kuala Selangor, tp tak pernah beli sbb tak tau masak....

hazila said...

Noorma,
Kalau saya suka masak sayur manis dengan bayam. Ada yg buat masak lemak cili api. Bakar yg paling senang.

NORAIN said...

dekat tmpt saya banyak sgt org jual mentarang...tp ruginya saya xpandai makan...besar sgt la mentarang tu, x tertelan dek tekak...kalau kecik ok kot...