Wednesday, February 10, 2010

Tom Yum Simple


Malam tadi semua menu warna merah. Mentang mentang la dah dekat dengan Chinese New year..

Hari tu saya tengok kat Chanel 707 astro, cara dia masak tom yum. Simple sangat dan cepat je. So malam tadi saya nak cuba dan ingat ingat lupa apa bahan yg dia letak. Kira main agak agak je lah ye...

Bahan bahan

1 labu bawang besar - dibelah 4
Lengkuas - dihiris nipis
Cili padi
Daun bawang - dipotong anggaran 1 inci
Daun ketumbar
1 biji tomato - dibelah 4
Cendawan tiram
Daun limau purut
1 sudu makan paste tomyam
Serai
Jus lemon
Kicap ikan ( fish sauce )
garam jika perlu
Udang yg telah dibersihkan
Stok ayam

Cara cara

1. Didihkan 2 gelas stok ayam. Masukkan bawang besar, lengkuas, serai dan daun limau purut.
2. Masukkan pest tom yum, gaul rata dan kemudian masukkan tomato, cendawan tiram dan cili padi.
3. Masukkan jus limau dan fish sauce. Perasakan dengan garam jika perlu.
4. Masukkan udang, biarkan ia mendidih seketika, masukkan daun ketumbar dan daun bawang. Kacau sebentar dan bolehlah dimatikan api.
5. Sedia untuk dihidang.

4 comments :

pB said...

Salam

Ada sedara pB turunkan resepi tomyam nie

mula mula panaskan air hingga gelegak. masukan serai dan daun limau purut. Tumbuk/lecek tomato masak tu , dan masuk dlm periuk. Tumbuk juga cili api (kalan nak pedas , boh ler byk byk). Then masukkan ayam , udang sotong. Jgn lupa perah asam nipis. Kemasaman terpulang pada yang nak makan.Dan juga sayur sayur yang sewaktu dengan nya.


Pernah cuba , memang sedap. Tapi sekarang tak buat macam ni sebab budak budak tak tahan pedas. Tomyam cara ni , lagi pedas , lagi sedap.

♥LOVE2COOK♥ said...

Gosh...My Hubby craves for TomYum Kung! He's surely drool if see urs!
Me too...hehehe ;)

hazila said...

pB
Next time boleh cuba cara pB ni pulak.

hazila said...

Love,
Come, I belanja you makan tom yum. hehehe....