Saturday, February 13, 2010

Kerepek Arrowhead


Punyalah lama beli Arrowhead ni, rasanya hampir 2 minggu. dari sehari ke sehari asyik bertangguh je nak buat kerepek. Tengok rumah org lain dah buat, kalau tak buat juga hari ni, maka akan masuk dalam rumah cik tong sam pah lah jawabnya.

Pada sesiapa yg tak pernah makan kerepek ni, digalakkan mencuba sebab memang sedap. Leka la mengunyah sambil tengok tv atau membaca novel cintan cintun ke. sedar sedar semangkuk dah lesap.

Bahan bahan

Ubi Arrrowhead dibuang kulit dan disagat nipis. rendam di dalam air untuk menghilangkan kanjinya. Toskan. Panaskan minyak dan letak sedikit garam di dalam minyak (optional). Goreng ubi arrowhead hingga kekuningan dan toskan. Sedia dinikmati.

5 comments :

cikmanggis said...

wah dah siap kerepek ya..cm masih simpan dalam peti ais....kerja tertangguh mmg tak menjadi

hazila said...

Saya pun dah lama bertangguh nak buat. Hari ni paksa kan diri buat juga.

lovelygift....everything u need are here said...

Ada nmpak arrowhead tu kat tesco, tp tk tahu nk masak apa. Kreatif gak kan buat kerepek

♥LOVE2COOK♥ said...

Sedapnya kerepek! :) nakkkkkk

ijan said...

First time dengar nama arrowhead ni kak.. ubi kayu ek ?