Monday, March 12, 2012

Puding Soya Kacang Merah


Salam buat semua pengunjung My Small Kitchen...


Terima Kasih yang tak terhingga buat teman teman yang mengucapkan Selamat Hari Lahir. Semoga persahabatan berkekalan walaupun sekadar di alam maya.


Apakata hari ini saya jamu mata dengan Puding Soya dengan Kacang Merah, tambahan cuaca di luar mendung dan baru saja hujan berhenti. Lagi la seronok kalau ada di rumah, boleh la berlingkar di atas sofa.... Dulu dulu masa kecik duduk di kampung, kalau musim hujan, bila terasa lapar mulalah cari ubi kayu rebus cicah kelapa parut atau gula merah atau kalau ada lebihan sambal. Kalau tak ada ubi kayu, ubi keledek rebus pun boleh jadi juga. itulah makanan yang paling senang nak dapat sebab di tanam di sekeliling rumah.

Hari sabtu saya balik ke kampung, kebetulan ada kenduri kahwin sedara mara dan adik beradik saya semua berkumpul. Hari Ahad balik semula ke Shah Alam, sementara my husband ke office menyiapkan kerjanya sempat la saya sediakan apa yang patut untuk makan malam. Bila buka peti ais, ada lebihan susu soya, kidney beans dan air gula melaka. Apa lagi cari la resepi yang boleh dibuat menggunakan 3 bahan yang ada tu.

5 comments :

Qasey Honey said...

sedapnya...dimakan sejuk mesti lg sedap ni...slurrppp

Amie said...

Ish..ishhh... time hujan begini bila cerita pasal ubi rebus... meleleh liur tau Hazila, mana nak cari ha... he he heh sedapnya makan dengan kelapa parut!

ummiaisyah said...

K zila ni mmg kretip meng-desert!
arini cuaca mmg mendung...sy dr td berlinkor dpn pc jek..hehehe

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ai like desert
mcm2 akak dh buat ekkkk

Mamasya said...

Happy belated birthday Hazila.moga sejahtera dan bahgia selalu. puding...sedap mkn sejuk2...