Wednesday, March 21, 2012

Yong Tau Foo Soup


Salam di hari Rabu.....


Hampir seminggu blog ni tidak ada entry baru. Entah la, nak kata tak masak, masak juga walaupun yang senang dan cepat. Tapi mood nak update tu tak berapa nak ada. Weekend pun tak ke mana, walaupun ada niat nak buat itu ini tapi end up do nothing..... Jadi conclusion nya, akak malas dik......


Semalam bila tengok blog dengan entry yang sama je, alahai bosannya. Tuan punya blog tengok blog sendiri pun bosan, apatah lagi pengunjung yang lain kan.... Jadi saya rajinkan diri sikit angkat kamera dan tembak.


Sebenarnya banyak resepi yang teringin nak mencuba especially bila sampai weekend. Tapi bila mengenangkan jarum penimbang tu asyik naik je, tak turun turun membuatkan niat tu terbantut. Macam mana nak turun kalaua asyik makan makanan yang semua tinggi.... tinggi lemak, tinggi kolesterol dan macam macam tinggi lagi. Lepas tu malas nak bersenam....

Malam tadi saya masak Daging Masak Kicap dan Daging Bakar untuk my husband, dan saya buat sup yong tau foo untuk diri sendiri. Sekarang senang sebab ada di jual mixed steamboat dalam satu packet. Jadi saya beli 1 packet saja dah mencukupi.


Bahan bahan Sup

1 liter air
1 batang leek
2 ketul tulang ayam
2 ulas bawang putih
1 sudu teh ground white pepper corn
Garam secukup rasa
3 kuntum shiitake mushroom

1 packet Mixed Steamboat

Cara cara
1.Rebus air, bawang putih, leek dan tulang ayam hingga mendidih. Tapiskan dan ambil hanya air rebusan dan masukkan kembali ke dalam periuk.
2. Masukkan hirisan cendawan shiitake, perasakan dengan garam dan white pepper corn. Masukkan mixed steamboat dan biarkan seketika.
3. Hidangkan dengan sos pedas atau masam manis.

14 comments :

Liza said...

salam zila...akk kalau bab ytf ni kan, suka bebenor mknnya, tp kalau bab nk buat tu yg malas bebenor....hihihhii

Gee® said...

tak pernah buat lg tp makan mmg selalu... lepas ni boleh lah try...thanks for sharing

Zalia said...

best2... yong tau fu jenis sup2 ni mmg best. Lia klu x rajin nak masak, p je kedai sbb kat melaka ni mmg jual jenis sup. Tempat makan best yong tau fu kat melaka ni Gelombang Biru kat Pulau Gadong & juga main dia kat medan selera pantai puteri. Kalau chinese resipi, supnya tu dibuat drpd ikan serkut (ikan yg menyerupai ikan jenahak tapi dia leper sikit dan warna putih)

Nuridah said...

Zila,

nk semangkuk penuh2...sedap ni hirup2...dh lama kak Nur tk mkn YOng Tau Foo.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

menu yg sangat2 sihat
tgk dah lama x makan cendawan la

IeRA said...

salam..

sedapnya!!

Qhaifa Nur said...

bab masak sup memang fev...
kekadang suka hati nak letak apa...

sabar dubai said...

wow bestnyee sup ni..terliur jeee nmpk...

Amie said...

Semuanya tinggi ye Hazila... kolesterol tinggi tak dapat atasi keinginan makan yang tinggi... he he hehh redah ajelah, nak tahan2 pun kadang tak dapat jugak, kang asyik ngences je he he heheh

kasihredha said...

lamanya tak bersiaran...
suami akak sure minat ni...dia memang suka sup

sudipVSsenduk said...

sup yong tau foo ni kalau makan tak sedar dah tambah bermangkuk-mangkuk..

KakAsma said...

Waaa zila,buat akak tingat jer kat ytf kat air hitam..tak guna kuah sambal tapi kuah sup..wallaaaa menghirup dengan segala macam tu sedap nyer....

quinnie said...

sedapnya kak..saya suka letak taufu tu byk2...sukanya..:)

Watierman said...

Assalam Dik Zila dah lama betoi Akak tak makan Yong Tau Foo Chinese style yang ber"soup" gini...kalau yang malay style kat pasar malam tu adalah....kena masuk list buat masa gather2 ramai mesti best ni!