Monday, March 12, 2012

Sup Kepah


Menu semalam, Sup kepah, Ikan Bakar dan Sambal tumis ketam. Kalau nak kira kalori, confirm boleh pengsan.

Semalam google cari resepi sup kepah, mana tau ada yang lain sikit ke... Terus masuk rumah kak anymz, tengok ada resepi sup kepah. Semua bahan dah ada cuma kekeurangan daun bawang je, itu perkara kecil saja. Masukkan saja apa bahan yang ada, lagipun daun bawang tu sekadar bahan hiasan, tidak begitu memberi kesan kepada rasanya.

Saya memang sukakan msakan yang bersup ni. Ada sup dengan nasi putih pun dah okay, tapi sebab big boss kurang menggemarinya jadi kena buat menu lain untuknya.


Bahan bahan
Kepah - cuci dan toskan
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
1/2 kiub pati ikan bilis
Garam 
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Cili dan daun bawang untuk hiasan

Cara cara
1. Mayang bawang putih,merah dan halia. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dimayang hingga naik bau.
2. Masukkan kepah, air, serai yang telah dititik dan kiub pati ikan bilis.
3. Biarkan hingga mendidih dan perasakan. Biarkan seketika dan matikan api.
4. Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang semasa menghidang.


9 comments :

izahdaut said...

segar je bila melihatkan sup kepah tu.. sama.. kalau saya cukup je 1 lauk sup gitu, tapi kalau kekanda saya tu sah kene tambah lauk lain. hehe

Amie said...

Ini resepi evergreen, dulu, kini dan selamanya.... kalau di rumah bonda, memang selalu tengok bonda hirup kuahnya... slurrp slurrppp!

kasihredha said...

ratah je sedap nih
tak suka makan dgn nasi...suka hirup sup tu je

puding soya kacang merah kat bwh tu pun sedappppnya

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

if ayu ni harus meratah jer
x makan ngan nasik ngeee
nak p carik kepah gak la

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Haliza..
lama nyer mama tak kedapur sini..rindu nyer byk betul gmbr2 msk2 yg best2... Liza apak khabar?

Sup kepah yg nyaman & sedar dihirup bersama nasi putih...

Chah said...

harus bermangkuk2 dilangsaikan nih..makan lauk cnggini mmg tk sedor aje dah setimbun kulit kepah atas meja...refreshing tul sup hazila ni...

Watierman said...

Assalam Dik Zila......I miss you tooo muaaaah3X....oh mak aii...sup kepah...nampak sedap tu! hrmmm nanti kalau ada stok kepah boleh Akak C&P resepi dari dapur Zila ya!!TQ for stopping by my small Hut!

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Hazila..simple, tapi sedap kalau dapat hirup kuah ni....Saya kalau masak macam ni, suka lebihkan serai....

Ummi said...

Assalam Hazila, apa kabar? Lama nya akak x bertandang..kebizian ntah apa2 x tau laa..x menang kaki nak blogwalking...hehe.. Sedapnya tengok sup kepah tu...menu ala diet la ni kan Zila kan...hehe