Tuesday, January 19, 2016

Bubur Nasi Ayam


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini saya masukkan entry menu yang simple jika masih ada baki ayam yang kita buat untuk Nasi Ayam. Ia juga sesuai untuk orang yang kurang selera makan atau kurang sihat. Tapi kalau orang sihat pun sedap juga makan bubur nasi ayam ini.

BUBUR NASI AYAM SIMPLE
( anggaran 2 orang )

Bahan bahan
1 cawan beras - dicuci bersih
4 cawan air / sup ayam jika berbaki
Tulang ayam - asingkan isinya untuk ditabur di atas bubur nanti
Sedikit lada sulah
Garam - Jika gunakan air
1 inci halia - dihiris nipis
Bawang Goreng
Daun Bawang
Fried Garlic

Cara cara
1. Masukkan beras, air, tulang ayam bersama sedikit isi ayam, halia, lada sulah dan garam (jika perlu)ke dalam periuk.
2.Rebus hingga menjadi bubur atau masukkan ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
3. Semasa menghidang, taburkan isi ayam yang telah dicarik, bawang goreng, bawang putih goreng dan daun bawang.

*** Jika ada sayur kangkung atau apa juga sayur berdaun, boleh masukkan ke dalam bubur ini semasa proses memasak. 

8 comments :

Norma NML said...

sedapnya...dah lama tak buat bubur mcm ni :)

hazila said...

Kadang kala menu yang simple macam ni lagi berselera nak makan kan Norma..

Nasa Mulia said...

Forever memang suka makan bubur nasi....hanya dengan ikan bilis goreng dan kicap pun dah ok.

hazila said...

Betul tu Nasa Mulia. Saya pun kalau tak tau nak masak apa, buat bubur je. Itu pun makan bertambah.

tikah said...

ni kalau tambah kicap cili, lagi power^^

hazila said...

Betul tu tikah, rasa tak complete kalau tak tuang kicap kan.... Aduiiiii cam nak nak makan bubur lagi la pulak.

MIchele Choa said...

F4n5--83771nG => Agen BOLA terbesar BBM : 5EE80AFE ^o^

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC there website is www.ultimatelifeclinic. com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.