Sunday, June 19, 2011

Masak Lemak Ikan & Belimbing Buloh


Pagi ahad terjaga se awal 5 pagi, mata dah tak mau pejam. Tanya my husband nak tak pergi pasar tani dekat Stadium Shah Alam. Memandangkan my husband ada plan nak jumpa kawan kawannya pukul 10 pagi terpaksalah pergi dengan kereta masing masing, sampai seksyen 13, tinggal kereta saya dan dia hantar dan jemput saya. My husband memang malas nak bersesak sesak dalam pasar tani tu.

So untuk lunch saya masak lauk ketam untuk my husband, udang kertak goreng dan masak lemak ikan untuk diri sendiri.

Bahan bahan
1 bahagian ekor ikan merah - anggaran 400 gms
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 inci kunyit hidup
5 biji cili padi
1 labu bawang besar
1 batang serai
1 biji cili merah
Beberapa biji buah belimbing buluh
Sedikit daun kunyit
Garam dan gula

Cara Memasak
1. Bersihkan ikan dan toskan.
2. Tumbuk halus bawang besar, cili padi, cili merah dan kunyit hidup. Masukkan ikan dan bahan tumbuk ke dalam periuk.
3. Tuang santan pekat dan santan cair. Masukkan juga serai yang di ketuk sedikit.
4. Masak menggunakan api sederhana supaya santan tidak berketul sambil dikacau selalu.
5. Masukkan daun kunyit dan belimbing buloh, perasakan dengan garam dan gula.
6. Biarkan hingga mendidih dan ikan masak. Tutup api dan sedia dinikmati.


10 comments :

Gee® said...

yaww..!! seleranya nampak...tumpang lunch bleh

hazila said...

Gee,
alahai lambat datang, dah siap lunch dan siap cuci pinggan pun.

Diana @ Melley Mey said...

alaaa... baru nak tumpang makan tadi.. dah abis rupanya.. hehehe... wah mmg nampak sedap ikan tu... ada belimbing buloh lg ha... fav tu..

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

alahai sama menu kita ari ni, akak masak lomak udang belimbing buluh, hazila ikan wow.... syokkan rasa masam-masam belimbing tu.

hazila said...

Diana,
Pagi ahad ke pasar tani, nampak belimbing buloh terus teringat nak buat masak lemak tapi buahnya kecil sikit.

hazila said...

Kak Paty,
betul tu kak, rasa masam masam tu buat makin sedap la pulak.

Nuridah said...

Sedapnya.....nk tumpang makan dah tentu tk dpt....hehe...gigit jari akak!!

hazila said...

Kak Nur,
Sedap la pulak letak belimbing buloh, nanti nak cuba masak dengan udang ke...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

baru tau yg hazila dok kat lembang kelang.. ingatkan dok kat utara...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

*lembah klang* typo error la pulak.. hehe..