Sunday, June 12, 2011

Ketam Goreng Cili Kering

Menu Makan Tengahari

Bahan bahan
2 ekor ketam - potong dua dan bersihkan
1 inci halia *
 2 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
1 batang serai *
1 labu bawang besar**
4 biji cili kering **
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan lemon jus
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara cara
1. Ketam di letak garam kunyit, goreng hingga masak dan ketepikan.
2. Tumbuk halus semua bahan bertanda *. Mayang bahan bertanda **.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan ** yang telah dimayang, kemudian masukkan bahan bertanda* yang ditumbuk halus. Goreng hingga wangi.
4. Masukkan air, sos tiram, sos cili, minyak bijan dan jus lemon. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan ketam yang telah digoreng, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula. Jika suka sedikit berkuah, boleh lebihkan kuantiti air.

11 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

cedapnyer tgk mr crab nie akak....telan ayaq lioq lagik :))

Amie said...

eiiii...lama tak ratah ketammm...

hazila said...

Ayu,
Kat sana senang dapa soft shell crab kan? Jeles la, kat sini kena pergi High Class restaurant je la...

hazila said...

Amie,
Ini pun habis dengan meratah je...

Chik Mimi said...

hohhooh cik kak sangat ler sedapnya kalau meratah

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

arrr sini seafood mmg puas makan...murah plak tue...cuma depa x masak mcm kiter masak jer :)

hazila said...

Chik mimi,
org kata masak cam ni takleh jadi lauk. Mana taknya, meratah, nasi tak makan.

hazila said...

Ayu,
Diorang banyak makan mentah dengan rebus rebus je kot. Dulu boss akak org Jepun, dia cakap rumah dia tak guna minyak sangat. 1 kg mungkin berbulan bulan baru habis.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

mmg gitew la cara makan dia org...sebab tue umur panjang hikhik...ayu pakai minyak masak yg 1350G selalu beli 2 botol sebulan...sini x der minyak jenis tong besar mcm kat mesia tue..

Sizuka said...

salam ukhwah,

beautiful photo shots. makes the crabs look so irresistable :)

Mis Cute said...

salam.. saya suke sgt blog nie.. ari2 rasa nak makan je