Tuesday, August 9, 2011

Seafood Tom Yum -Menu Iftar ke 8

 
Selamat Pagi Malaysia.....

Menu berbuka semalam, Seafood Tom Yum, Masak Lemak Ketam & Daun Kunyit serta Daging Bakar. Berpeluh makcik nak siapkan semua menu ni, tapi berbaloi sebab boleh makan homemade dish.
 
Bahan bahan
  • 1 batang serai, potong 2 dan diketuk sedikit.
  • 2 helai daun limau purut, buang urat ditengah daun
  • 2 inci lengkuas, hiris nipis
  • 2 akar pokok ketumbar - dicuci bersih
  • 2 labu bawang besar - buang kulit dang potong 6
  • 1 biji buah tomato, potong 6
  • 500 ml chicken broth
  • 4 kuntum cendawan tiram - disiat saiz yang sesuai
  • 4 biji cili padi - diketuk ( lebihkan jika suka lebih pedas)
  • 2 ekor udang besar
  • 2 ekor sotong - potong kecil
  • Beberapa pcs kepah
  • 4 pcs kaki ketam - diketuk sedikit
  • Sedikit garam
  • Fish sauce secukupnya
  • 1 1/2 sudu makan roasted chili paste ( bukan instant tom yum paste )
  • 1 sudu makan jus lemon/lime
  • Daun ketumbar dan daun bawang untuk hiasan
Cara cara
  1. Didihkan chicken broth dengan api perlahan. Masukkan serai, daun limau purut, cili padi, akar pokok ketumbar, lengkuas, bawang besar dan tomato. Didihkan lebih kurang 4-5 minit.
  2. Masukkan udang, kaki ketam, sotong dan kepah. iarkan seketika sehingga udang bertukar menjadi pink.
  3. Masukkan cendawan tiram, fish sauce,lime juice, garam dan roasted chilli paste. Gaul sebati.Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.

Seafood Tom Yum

Masak Lemak Ketam & Daun Kunyit


21 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

kak zilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
sampai hati tayang menu fav ayu di siang hary nie...lama x buat tomyam but since udang segar susah nak carik kat sini mmg jarang buat la....ketam mengoda jiwa gitew

hazila said...

Ayu,
hari tu akak ke pasar, beli udang saiz XXL, terus terfikir nak buat tom yum.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

besarnyer saiz yg jenis besar dia bayar ikut saiz kan? ker still kg lagik?

hazila said...

Ayu,
still ikut kg cuma RM je lah yg naik. Itupun akak cuma ambil 4 ekor saja.

Watierman, rmanbkr said...

Assalam Zila..menitis air hidung nengok menu kamu Dik ooi!!! Dah lah tengah selsema ni!!Kecor lior dibuatnya!!

pB said...

masyaallah



masyaallah


masyaallah

Amie said...

ini dah kira resepi tom yam kung!

hazila said...

kak watie,
jgn menitis dalam kuah tom yum sudahlah ye...hehehe

Anawahid said...

kak ilaaaaaaa... sedapnya menu... ketam tuuuu... ishhhhhh....

Kerull said...

Salam Hazila..ni kalau mintak sure dah habis ni..cantik belanga tanah tu..pinjam boleh hu hu

Akira Kirana said...

sedapnye...

NM02 said...

salam singgah

jom tukar link

kalu sudi, nnt follow ai plak eh

maceh

^_"

hazila said...

pB,
meh la join berbuka sekali...

hazila said...

amie,
betul tu, tapi sebab saya dah letak selain udang, so saya tukar jadi seafood. Kung/Goong actually udang.

hazila said...

Anawahid,
ketam ialah makanan asasi kat rumah ni, dan selalu buat masak lemak atau rebus serai je.

hazila said...

Kerull,
thanks, ala murah je tu. Kalau tak silap 1 unit tu tak sampai RM5 rasanya.

hazila said...

Akira Kirana,
ermmm yummy. Confirm tinggal kuah je...

hazila said...

NMo2,
WS, thanks sudi singgah. Boleh je nak tukar link..

kasihredha said...

sedapnya masak lemak ketam tu :)

hazila said...

kasihredha,
masak lemak ketam tu fav dish my husband. Memang selalu masak...

Mas said...

cantik tomyam tu berposing kak...
mengeliurkan....