Tuesday, August 16, 2011

Rendang Kerang


Semalam saya masak rendang kerang dan ayam bakar untuk menu berbuka.

Hari sabtu lepas saya ada beli isi kerang untuk masak char koay teow, masih ada baki yang agak banyak. Sebelum balik kerja, macam biasa memerah otak memikirkan idea untuk menu berbuka. First yang terlintas ialah buat sambal tumis kerang atau pun buat mee kari. Tapi sambal kerang dah selalu juga buat, nak buat mee kari banyak bahan yang tak ada di rumah. Kalau nak ke pasaraya cari bahan lepas waktu kerja, takut lambat sampai rumah, tak sempat nak masak pulak.

Tiba tiba teringat pasal rendang kerang, sebab saya baru je beli Majalah Rasa edisi Rumah Terbuka. Tengok bahan semua ada dirumah, santan kotak pun ada, so terus decide nak buat rendang kerang. Kalau ada nasi impit pun sedap ni. Since masih ada balance rendang kerang ni, tengahari nanti boleh pergi beli ketupat nasi, sempatlah rebus bila balik rumah nanti.

Resepi saya update nanti ye....



Rendang Kerang Xtra Pedas

13 comments :

kasihredha said...

perrggg pagi2 dah hidang rendang ni zila :)
akak dulu mmg tak pandai buat rendang...tp sejak berkahwin dgn orng n9 terpaksa le belajar..hik2
tapi akak memang suka semua jenis rendang.

Anawahid said...

wohooooo... kak ila!!.. ni mmg peberet kita, tp semalam wat sambal kerang je... ada lg x kak... ishhh... bole kurang pahla posa camni kak... heeee

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

boley mampu tgk jer kaka oiii
kerang mmg x der kat jpn...lama x mkn kerang rasanyer....sedap nampak

hazila said...

KASIHREDHA,
Saya lagi suka rendang bila makan dengan ketupat. Jadi kenalah belajar buat sendiri.

hazila said...

Anawahid,
hahahaha...ada lagi sikit. tekak dah terasa nak makan dengan ketupat nasi. Dah macam pagi raya la pulak kan..

hazila said...

Ayu,
Kerang tak ada kat sana ke? Aduhai.... takpe next year balik raya boleh makan puas puas.

che'iza said...

Assalam Kak... Sedap ni kak rendang kerang.... Saya kalau tak raya memanglah tak makan ni kak... Nak tunggu mak buat gak....

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

byk benda yg kat mesia ada kt sini x der...frust juga la

Rozita said...

Sedap betul nampak rendang tu...tak payah tunggu raya kannn..

gigitjari said...

semalam dh mkn rendang kerang, mm mmg sedap lah

Gee® said...

wow!! sangat mabeles... kalu mkn ngan ketupat ke lemang ke...sodap jugak kot...

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

boleh batal puasa dibuatnya.....favorite akak ni melelh air liur anta sepinggan buat buka

Amie said...

kalau ada nasi himpit... himpit dengan rendang tu.. terus ngap! adeeehhhh...sedapnya...