Friday, August 12, 2011

Prawns in Thai Hot Chili Sauce



Salam di Hari Jumaat,

Hari ini dah masuk hari ke 12 kita umat Islam di Malaysia berpuasa. Alhamdulillah sebab masih bernafas dan meneruskan ibadah yang satu ini.

Pening juga memikirkan apa yang nak dimasak untuk menu berbuka tiap tiap hari kan... (walaupun bukanlah tiap tiap hari saya memasak). Kadang kala berderet deret menu terlintas difikiran, tapi at the end of the day, mak cik pergi beli yang dah siap masak sebab tak sempat.

Semalam saya sampai rumah agak awal juga kebetulan jalan pun tak berapa jam jadi sempatlah menggodek apa yang patut. Hari tu nampak kat rumah Kak CT Delima, dia buat udang dan sotong goreng tomyam rasanya. Since kat rumah tak ada perencah tomyam yang instant tu, saya masak menggunakan roasted chili paste yang saya gunakan untuk masak tom yum tempohari.

Bahan bahan
4 ekor udang bersaiz besar - belah belakang, cuci dan toskan
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 labu bawang besar - belah 8
1 inci halia - dihiris nipis
3 biji cili padi - diketuk sedikit
1 batang serai - diketuk sedikit
1 helai daun limau purut
1 lada hijau - dipotong menyerong
1 lada merah - dipotong menyerong
1 biji tomato - dibelah 4
Beberapa kuntum cendawan tiram
1 sudu makan roasted chili paste
Sedikit fish sauce
Sedikit lime juice
Sedikit air
Garam dan gula

Cara cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar, halia, serai dan roasted chili paste hingga wangi.
  2. Masukkan sedikit air, anggaran 1/4 cawan. Masukkan juga daun limau purut,fish sauce, lime juice garam dan gula. Kacau biar sebati.
  3. Kemudian masukkan udang, balik balikkan seketika. Masukkan cendawan tiram yang telah disiat, tomato serta lada hijau dan merah.
  4. Gaul biar sekata, perasakan jika perlu dan bolehlah diangkat. Taburkan dengan hirisan daun ketumbar dan daun bawang sebagai hiasan.

Prawns in Thai Hot Chili Sauce

11 comments :

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

tgk gambar pow dah telan air lioq ni akak uwaaaaa oishii sou

Ayu said...

Ayoyo!!! cannot tahan leh tengok itu udang !!!..

che'iza said...

Akak.... terggugat iman.....

Hezrin Ahmad said...

sedapnye... entah bila la sy sempat nk masak utk berbuka...

hazila said...

ayu,
itu camera trick je... "wink"

hazila said...

Ayu,
cepat tutup mata sebelah....

hazila said...

Che'iza,
takpe, tergugat sikit je...

hazila said...

Hezrin,
Akak pun bukan hari hari sempat masak. Sesekali je, kena jalan jam, habis semua sangkut.

Sheery Dream Cakes said...

tak boleh tenung lelama kat pic udang tu.. x tertahan d buatnya.. hehehhe... nampak sedap sesangat...

Amie said...

udang!....nak jugak udang.... sedapnya dik...adooiii kecur liur dibuatnya, tak boleh lelama di sini...hu hu huuu

dZana said...

pagi2 tgok udang.. huuu.. sedapnya..