Monday, August 15, 2011

Koay Teow Kerang - Menu Iftar ke 13


Saya masak Koay Teow Kerang untuk berbuka pada hari sabtu. Tapi tak boleh post entry sebab Samsung Tablet saya tak boleh upload gambar pulak. Berkali kali asyik keluar server problem. Lastly give up, tunggu hari ini baru post entry tertunggak.

Sebelum ini saya guna koay teow yang besar, tapi kali ni saya tukar guna koay teow yang sedikit halus. Rasanya yang ini lebih sedap di tekak saya. Buat 1 packet koay teow, boleh simpan sampai sahur. Saya yang tak pernah makan berat waktu sahur, dengan rajinnya panaskan balik dan bersahur dengan koay teow lagi.

Mula mula saya plan nak buat char koay teow yang sedikit basah tapi ada orang yang nak makan koay teow yang kering, so kena tukar ikut permintaan. Saya letak resepi berdasarkan seorang makan dan untuk koay teow basah, so kalau banyak, boleh adjust ikut keperluan. Sebab nak koay teow kering, saya kurangkan penggunaan air.

Bahan bahan ( anggaran seorang makan)

Segenggam Koay teow - rendam dalam air panas dan toskan.
Sedikit taugeh
Sedikit daun kucai
1 biji telur
2 ulas bawang putih - ditumbuk hancur
1/2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap koay teow
Sedikit air
Isi kerang
Udang 3 ekor ( kalau suka boleh letak banyak)
Garam dan gula secukup rasa

Cara cara
1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak sedikit dan tumis bawang putih dan cili kisar hingga wangi.
2. Masukkan udang dan biarkan ia masak sebentar, masukkan koay teow, kicap koay teow, kicap pekat dan sedikit air mengikut keperluan kuahnya. Gaul sekata.
3. Masukkan isi kerang, taugeh dan daun kucai. Gaul sekata dan perasakan dengan garam dan gula jika suka.
4. Biarkan ia mendidih sebentar, pecahkan telur dan kacau sekali atau dua pusingan sahaja dan terus padamkan api dan hidangkan. Jangan biarkan lama di atas api, nanti kuahnya akan kering.

Koay Teow Kerang

No comments :