Thursday, August 25, 2011

Ikan Goreng Kicap Berempah


Hari ini dah masuk Hari Khamis, 25 Ramadhan. Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Macam Che'Iza cakap, orang lain sibuk tayang kuih raya, kami masih tayang menu berbuka. Takpelah kan, kalau tak ada kuih raya kat rumah sendiri, kita pakat ramai ramai bertandang rumah kawan kawan yang banyak buat kuih raya la kan.....

Semalam saya masak simple dish untuk berbuka, saya buat ikan goreng kicap berempah. Lagipun my husband dah beli masak lemak siput sedut, so just tambah satu lagi dish.

Bila musim perayaan ni, semua barang makin mahal. Semalam saya beli sekeping ikan merah tu, RM7.52. Mungkin sebab sekarang laut bergelora, so ramai nelayan tak dapat ke laut. Maka tak banyaklah ikan di pasaran, harga akan menjadi lebih tinggi dari biasa. 2 hari lepas, my husband nak makan kambing panggang, so kami ke Giant. Biasanya kalau 2 keping daging kambing yang siap marinated tu  tak sampai RM20, tapi hari tu 2 pcs = RM32.79.  Saya perasan my husband asyik  membelek daging kambing yang dah siap dibungkus, saya tanya kenapa, ada masalah apa apa ke? Dia tanya saya, memang harga daging kambing ni macam ni ke? Saya pun terkejut juga sebab rasa macam mahal je, tapi sebab dah terasa nak makan, ambik je lah.

2 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

makin mahal ikan ek....
akak terlioq giler ni...nampak sangat sedap taw

L@dyKichiMachiko said...

nampak sedap..suka ikan masak kicap!