Last week masa pusing pusing di pasar ramadhan Seksyen 13, Shah Alam, saya ternampak orang menjual ikan pekasam. Uishhhhh terus kecur air liur membayangkan ikan pekasam goreng. Tapi ada kalanya ikan pekasam yang dijual agak masin, itu boleh membantutkan selera untuk menikmatinya. Tapi sebab tekak terasa nak makan, so saya beli juga satu packet yang berharga RM5. Kalau tak sedap, tak rasa ralat sangat.
So semalam saya goreng seekor, alhamdulillah sedap. Tak masin sangat, just nice. Habis satu rumah berbau masa menggoreng pekasam ni. Saya suka lepas goreng ikan pekasam, saya goreng garing hirisan cili merah, cili hijau dan bawang besar. Wahhhhh memang laju je makan dengan nasi hangat.
Masih ada berbaki 2 ekor, kalau takde idea nak masak apa, saya goreng pekasam je lah.
Pekasam Goreng
4 comments :
btol2 kak ila, saya setuju, lam bulan posa ni, dh 3 kali goreng ikan pekasam sepat, 1 bungkus ada 3 ekoq, mlm tu jugak abis, 3 hari berturut2 goreng... hehehe... la ni tinggal 2 bungkus, sayang nk goreng... hehehe... nk tunggu adik ipar blik perak x tau bila lg... hehehe... selalu kirim dia jek.. heheh... ;)
conpius kanapa ada tasik raban punya nama..heee teringt kalau balik kmpung mesti singgah tasik raban ni..mkn ikan bakar
Ana,
memang sedapkan ikan pekasam ni. Aduhaiiiii terasa rasa lagi cam nak makan je. hehehehe.....
amiey lee,
tak perlu confused, sebab dekat packet ikan pekasam tu di letak nama "IKAN PEKASAM TELUK RABAN". Nanti saya letak Pekasam Seksyen 13, tokey dia marah la pulak kan... "wink"
Post a Comment