Friday, August 5, 2011

Kari Ikan Kering & Terung


 Semalam saya masak untuk berbuka puasa. My husband request nak makan bihun sup tulang untuk berbuka. Kebetulan semalam hujan masa orang tengah berpusu pusu nak balik atau ke pasar ramadhan. Shah Alam, kalau bulan puasa memang agak sesak sikit tambahan kalau hujan, lagiiii la sesak.

Memang mencabar betul bila kena masak untuk berbuka ni, bukannya apa, sampai rumah dah pukul 6 ptg. Nak keluarkan bahan dari esbok dan defrost lagi. Nasib baik ada pressure cooker, so sekejap saja ambil masa untuk merebus tulang hingga empuk. Dalam masa satu jam, saya siapkan bihun sup tulang dan accessories, masak nasi dan buat kari ikan kering dengan terung. Dah rasa macam lipas kudung.... Fuhhhhh memang meletihkan, rasa macam nak baring je lepas berbuka....


Bahan Bahan
Ikan Kurau kering ( bahagian tulang ) - (anggaran 300 - 400 gms) - rendam seketika dan toskan
3 sudu makan serbuk kari ( saya gunakan serbuk kari daging)
1 biji terung panjang - potong menyerong
1 sudu makan cili kering kisar
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Air asam jawa secukupnya
Garam secukupnya

Bahan Tumis
1/2 labu bawang besar - mayang *
1/2 biji tomato - hiris nipis *
1 biji cili hijau - hiris menyerong*
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 tangkai daun kari


Cara cara
  1. Tumbuk halus bawang merah,halia dan bawang putih. Campurkan bahan tumbuk, cili kisar dan serbuk kari dengan sedikit air. Gaul sebati.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * hingga layu, masukkan bahan rempah yang telah digaul sebati dan daun kari, tumis hingga rempah masak dan naik minyak.
  3. Masukkan santan dan air, biarkan hingga mendidih. Masukkan ikan kering dan biarkan seketika. Kemudian masukkan jus asam jawa dan juga terung.
  4. Perasakan dengan garam ( jika perlu ), biarkan hingga masak dan bolehlah diangkat.


Kari Ikan Kurau Kering & Terung Panjang

9 comments :

sis intan said...

salam ziarah, jenguk2 menu :)

Mas said...

perhhhh..memang mengeliurkan betoii....

hazila said...

sis intan,
WS, thanks sudi singgah.

hazila said...

Mas,
dah beberapa hari teringin nak makan, tapi tak sempat masak.

geraugebang said...

akak pengsan dik...tengok lauk kau ber iftar...PENGSANNN

Watierman, rmanbkr said...

Assalam Dik Zila....tadi nampak gulai ikan talang dengan nanas kat rumah Ummi Kuantan...ni godaan lagi ikan kurau masin dengan terung pulak...mau nagis meraung-raung ni!!!

Ummi said...

Hazila, aah laa..hampir sama menu kita smlm eks...cuma cara masak jek lain...akak wat style tumis darat..hehe... Tp guna ikan kurau lgk best kan.. :)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

isyyy sedap nie kak zila
mau makan ngan nasik panas2 nie mmg terangkat giler kan

harleena said...

salam ziarah, salam ramadhan.. Jenguk2 sambil cari resepi untuk berbuka..