Wednesday, August 24, 2011

Jus Kedondong Asam Boi



Tak ada gambar makanan untuk berbuka apatah lagi kuih raya yang boleh saya tayang kat sini, so apa kata kita jamu mata dengan Jus Kedondong Asam Boi.....

Sebenarnya masa saya beli buah kedondong ni, plan dalam kepala nak makan rojak buah. Kebetulan kawan suami saya ada bagi buah jambu air yang agak banyak juga. So terasa seperti nak makan rojak, so saya singgah cari buah buah lain, tapi asyik bertangguh je, maklumlah bila dah berbuka dengan makanan berat, mulalah malas nak buat apa apa. So terfikir kenapa tak buat jus kedondong dengan asam boi, ye lah, dari buah tu terjun masuk tong sampah, kena fikirkan apa nak buat. Tapi asam boi tak ada kat rumah, bertangguh lagi hingga semalam petang, lepas kerja singgah cari asam boi. Ada asam boi yang warna kelabu dan satu lagi warna merah, saja ambil yang merah supaya nampak contrast sikit bila masuk dalam gelas.

5 comments :

kasihredha said...

segar je tekak bila minum jus masam2 manis ni kan :)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

kalo kat bazar ramadhan banyak jual air ni ek akak....x pernah try pow ngeee

hazila said...

kasihredha,
yelah kak, buka puasa je mesti nak cari air yang sejuk dan segar...

hazila said...

Ayu,
Kat bazaar ramadhan memang ada jual, tapi kalau beli dan tunggu sampai rumah dah cair.

pB said...

semalam pun pB buat air kedondong asam boi