Thursday, August 18, 2011

Jus Honey Dew

Jus Honey Dew

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari yang ke 18 kita berpuasa. Mesti ramai kaum ibu sedang sibuk membuat persiapan menyambut hari raya. Semalam Selangor cuti sempena Nuzul Quran. Walaupun bercuti, saya masih kena kerja. Ingatkan bila cuti, kenderaan tak banyak di atas jalan, tapi sebaliknya. Mungkin orang ambil kesempatan hari cuti untuk bawa keluarga shopping untuk hari raya.

Semalam saya buat Jus Honey Dew untuk berbuka, ini memang salah satu minuman kegemaran saya. Bila cakap pasal jus honey dew ni, saya teringat satu kisah masa saya masih bujang lagi. Sebabkan saya suka sangat minum jus ni, so kalau keluar makan di luar, saya selalu order minuman ni. Satu satu hari tu saya dan keluarga saya pergi satu tempat dan kami singgah untuk makan di sebuah gerai. Macam biasa, saya pesan minuman kegemaran saya.

Mula mula saya cakap saya nak jus honey dew, tapi orang yang ambil pesanan tu macam terpinga pinga seolah olah tak pernah dengar nama buah tu. So saya pun cakap, saya nak jus tembikai susu, dia cakap " oh, tembikai susu adalah". Bila dia hantar minuman pada kami, saya harian kenapa minuman saya berwarna pink seperti air bandung. Bila saya tanya, dia cakap "betul lah tu, tadi cakap nak air tembikai campur susu!"

Saya kehilangan kata kata........

Bahan bahan
2 potong Honey Dew ( 1 potong anggaran lebar 2 inci )
2 sudu makan susu pekat @ secukup rasa
2 gelas air 
Ais secukupnya

Cara cara
1. Kisar semua bahan kecuali ais. Pastikan bahan kisar benar benar halus. Tuang ke dalam gelas dan letakkan ais secukupnya.

8 comments :

gigitjari said...

ni buat dr tembikai susu or dr bancuhan? kalu bt sendiri..nk resepi boleh hehe ^^

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ayu makan buah jer
jus x pernah try minum pow
jakun lagik uwaaaa
mesti sedap ekkk

che'iza said...

Hehehehe kak... tragik kak hahhaha.... Saya pernah kak kena asituasi macam akak ni masa duk sabah dulu... pemutusnyer... hubby yang kena perabihkan... Sebab rasa dia... benar2 menghilangkan kata-kata...

hazila said...

gigitjari,
dari buah segar. Nanti saya update resepi sempoi. hehehe....

hazila said...

Ayu,
adakalanya buah honey dew kurang manis, so kalau makan saja tak berapa sedap unless dapat yg betul betul manis. So solutionnya buat jus.

hazila said...

che'iza,
hahahaha... akak terus tak minum lepas sesedut, tekak raya dah loya semacam.

Anawahid said...

hahaha kak ila, kita penah kene cam akak kena... hehehe... sini kalo sebut tembikai susu, mmg tembikai merah tu dicampur ngn susu... hehehe... tension jek, kalo sebut honeydew paham lak... heheh

Ana Ghazali said...

kesukaan saya...nak buat untuk berbuka la...hehe