Tuesday, May 24, 2011

Daging Kerutuk


First time ni masak Kerutuk Daging. Rasanya ini makanan orang sebelah pantai timur. Rupanya ada persamaan dengan daging nasi kandar. Suami saya kan ala ala mamak, so lauk kat kedai mamak mesti tau punya.

Lauk Kerutuk Daging ni pun sedap, cukup rasa kata orang. Kalau makan dengan nasi putih dan roti pun sedap juga.Kalau ada ketupat nasi atau pulut pun sodap ni....
Apakata kalau dibiarkan semalaman, mesti lagi terasa rempah ratusnya. Ada orang yang tak boleh makan menu yang sama berulang kali. Maksudnya kalau menu untuk makan tengahari dah tak boleh di bawa ke makan malam. Nasib baik suami saya tak kisah, lagipun saya memang masak sekali saja sebab siang masih di tempat kerja.
Daging Masak Kerutuk

Resepi daging masak kerutuk ini pun saya ambil dari makyong@myresipi.

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 500g daging
  • 4 sudu besar rempah kerutuk
  • 2 sudu cili giling
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 keping gula melaka/manisan
  • 2 sudu besar kerisik
  • [bahan tumis]
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak

Cara-cara

  1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
  2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
  3. Panaskan minyak
  4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
  5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
  6. Masak sehingga pecah minyak
  7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
  8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
  9. Siap untuk dihidang.

5 comments :

Anna Qawina said...

sedapnya...rempah kerutuk lak takde..huhu

Chik Mimi said...

cik dah sampaiiiii tq i likeeee hehehe pernah buat kerutuk ni,sbb dah biasa dengan gulai dgg

pB said...

pB datang dan melihat semua gambar gambar ini dan bila keluar dari blog ini , perut berbunyi bunyi minta di isi

KakAsma said...

waduh...sedap sedap...kena cari rempah kerutup......

nuwairani ismail said...

salam kunjungan dan salam perkenalan hazila...bestnye bila dh pandai masak mcm2 ni.ramai org tak kenal rempah kerutuk ni termasuklah sy.heheh...kene masuk kelas dlu la agaknya utk kenal semua jenis rempah2 ni.tau makan je.