Monday, May 16, 2011

Ayam Masak Halia


Baru nak letak resepi,

Sebenarnya saya upload guna Samsung Galaxy Tab, ada sedikit masalah bila nak taip resepi atau saya yang tak pandai. Selalunya kalau hanya ada entry bergambar maknanya saya gunakan Tab saya instead of PC atau Laptop.


Bahan bahan
400 gms ayam - dipotong kepada saiz yang sesuai
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1/3 cawan air
1 inci halia tua
Sedikit lada benggala pelbagai warna
3 ulas bawang putih
Sedikit garam jika perlu
Sedikit bancuhan tepung ubi
3 kuntum cendawan shiitake

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia tua yang telah dimayang.
2. Masukkan ayam, goreng sebentar dan masukkan air.
3.Masukkan kicap pekat dan sos lada hitam, gaul sekata.
4.Masukkan cendawan shiitake yang dihiris bersama sama dengan lada benggala (capsicum) pelbagai warna.
5. Biarkan ia mereneh dengan api sederhana, perasakan dengan garam jika perlu. Masukan bancuhan tepung ubi untuk memekatkan kuah.
6. Tutup api bila sudah masak, jika suka boleh taburkan dengan hirisan daun bawang semasa menghidang. Enak dinikmati bersama sama nasi putih hangat.

3 comments :

kasihredha said...

sedapnya...halia sangat baik juga unk kesihatan :)

JAHM02 said...

slm kak ni jiji kenal lg x...

ym baru vivaforever02

Adzriel @ Liza AB said...

favorite hubby ni