Saturday, May 21, 2011

Pineapple Lassi


 Selamat Pagi Sabtu

Tadi masa nak keluar rumah, tiba tiba hujan turun dengan lebat. Alahai... alangkah seronoknya kalau tak perlu pergi kerja, bolehlah bermalas malasan di rumah. Tapi baru je keluar dari taman perumahan, dah tak hujan pulak.

Semalam saya tak masak beria ia sangat, buat sup ketam dan telur dadar cencalok. Mula mula plan nak masak nasi minyak dengan kerutuk ayam, tapi my husband cakap dia hanya nak makan yang simple jadi menu tu kena postponed dulu.


Dah lama pending nak buat Pineapple Lassi ni,maklumlah kami kan selalu dapat stok nenas free jadi bila dah banyak tu sampai tak tau nak buat apa. Plan nak buat macam macam dengan nenas tapi asyik tertangguh dan tak jadi saja.

Bahan bahan

1 cawan greek yogurt
1 cawan susu segar
1/2 cawan ice cube
3 sudu makan gula / madu
2 keping nenas

Cara cara
1. Masukkan semua di dalam pengisar, kisar hingga sebati dan gebu.

3 comments :

Anna Qawina said...

waduh..pg2 dah tayang benda2 menyejukkan tekak..huhu

CT Delima said...

As'salam hazila

sedapnya kalau minum berdua2an tepi balkoni sambil hirup udara segar..syok..hehehe

banyak stok nenas bolehlah buat inti tart.. hehehe. mcm2 benda boleh buat dengan nenas ni kan.

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

menarik je lassi ni..wat jus pun sedap gak...