Thursday, May 19, 2011

Sambal Cencaluk


Masa cuti hari pekerja tempohari, saya dan suami bawa ibubapa dan adik adik lelaki saya berjalan jalan ke Melaka. Actually plan nak berdua duaan dengan my husband ke Cameron Highlands masa cuti hari pekerja tu, tapi last minute tukar rancangan. Memandangkan minggu berikutnya hari Ibu, saya dan suami ajak my parents bercuti sekali, tapi diorang tak nak ke CH tapi ajak ke Melaka.
So, kami ke Melaka menghabiskan masa bersama sama my parents dan adik adik lelaki saya. Ikut sajalah mana mereka nak pergi, bawa makan ikan bakar dan shopping serba sedikit. Kiranya hadiah hari ibu la juga tu kan...  menggembirakan Ibu.

Kalau dah sampai ke Melaka, tak cukup syarat kalau tak beli Cencaluk bawa balik. Rasanya ada yang tak boleh terima cencaluk sebab baunya dan rasanya yang agak masin.  Saya suka makan tapi tak adalah selalu sangat. memang sedap kalau makan dengan nasi hangat.


Bahan bahan
Cencaluk
Bawang Besar
Cili Padi
Jus limau

Cara cara
1. Tuang cencaluk ke dalam penapis teh, lalukan air paip seketika supaya cencaluk tidak terlalu masin.
2. Mayang bawang besar dan hiris cili padi, masukkan ke dalam bekas berisi cencaluk. Perasakan dengan jus limau.
3. Sedia untuk dinikmati dengan nasi hangat.

4 comments :

NenekPenne said...

cara u buat tu betul..
basuh laa dulu cencalok tu kan..
jangan dituang dari botol dan terus makan...memang lah masin

apa yang i buat, nak makan hari ini i dah siapkan sehari sebelum, masukkan dalam peti ais kasi ramuan mesra dulu dan esok baru makan, lagi sedap...

hazila said...

NenekPenne,
Ada balance lagi, nanti boleh simpan dalam peti ais dulu.

nuwairani ismail said...

salam ziarah...adusss...berair mulut tengok cencaluk ni...dah lama x makan...

hazila said...

Nuwairani,
Ermmm sedapkan. Saya pun dah meleleh air liur bila ingatkan cencaluk ni.