Wednesday, May 25, 2011

Kerabu Jantung Pisang & Ikan Rebus


Kelmarin dulu dah masak beria ia kan, so malam tadi masak yang simple saja.

Dah selalu buat kerabu jantung pisang ni, tapi kali ini saya tambahkan dengan isi ikan yang telah direbus. Not bad juga rasanya. Selalu saya tambahkan perut lembu yang direbus.So bila makan ada terasa liat liat sikit.

Semalam saya cuba nak buat apam beras, dah lama teringin nak buat bila tengok ramai kawan kawan yang dah buat. Masa bancuh tu bukan main lagi berbuih buih, so dalam hati mesti jadi ni.
Bila dah siap kukus, aduhai........
Bukan setakat tak pecah, macam bantat pun ya juga. Entah kat mana silap, yis yang dah lama atau ada step yang tertinggal. Takpe, nanti nak cuba lagi.



Bahan bahan


1 biji jantung pisang - di rebus dan dihiris nipis
1 ekor ikan kembung - direbus dan asingkan isinya
2 biji cili padi ( ikut kepedasan )
1 biji cili merah
1 sudu makan kerisek
3 ulas bawang merah
Sedikit belacan
Sedikit garam
Sedikit gula
1 cm halia
1 cm lengkuas
Sedikit jus lemon

Cara cara
  • Kisar bawang merah,halia, lengkuas,belacan, cili merah dan cili padi hingga hancur.
  • Masukkan ke dalam bekas yang berisi jantung pisang  yang telah dihiris tadi.
  • Masukkan juga isi ikan yang telah diasingkan dari tulangnya.
  • Gaulkan semua bahan hingga mesra, perasakan dengan garam,gula dan jus lemon.
  • Kalau suka boleh di tambah dengan hirisan bawang besar.

14 comments :

Sue's said...

Wahhhh...sedapnya menu ni hazila... ada budu cukup la makan nasik bertambah2 maunya

bobhandburry said...

Salam singgah.. mmg betol sdap.. pandai dia msk.. hehehe keep up ye..
singgah la ke blog saya ;)

bobhandburry said...

http://www.zuwairiaiman.com

anymz said...

akak memang suka kerabu jantung atau apa2 jenis kerabu pun.sedap tu zila..tapi kan..akak pekenan tgk lesung batu tu.hehehe

cik cek said...

Hazila....

menu ringkas pembukak selera ni...makan ngan nasi panas tetengahri mau bertambah2 nasi ni....fuhhh...sedapnya...:)

hazila said...

Sue,
saya makan budu kalau dah campur dalam nasi kerabu.... Kalau buat cicah belum pernah cuba.

hazila said...

Bob,
Thanks dan dah singgah tadi.

hazila said...

Kak Anymz,
hehehehe...lesung batu tu berat sungguh.

hazila said...

cik cek,
betul tu, kalau makan tengahari kat atas pangkin ditiup angin sepoi sepoi bahasa lagi best kan..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

akakkkkkkkkkkkkkkkkkkk
meleleh ayaq lioq cheq nie
uwaa dah la posa hari nie :D

hazila said...

Ayu,
alalala.....sian dia. Dah lap air tu. hehehehe...

Kamsiah said...

salam
akak suka jantung pisang..tp jarang mkn sbb pas makan mesti rasa 'lugai'..kata org kelantan..

Diana @ Melley Mey said...

sedapnya kerabu... suka sgt mkn...

fuzidss said...

my fav niiiii..glup2