Thursday, May 19, 2011

Kari Ikan Mayong & Rebung Segar


Malam tadi saya masak kari ikan mayong bersama dengan rebung segar.
Biasanya saya guna rebung jeruk yang ada di jual di pasar, tapi kali ini saya guna yang segar belum dijeruk lagi. Minggu lepas masa sepupu suami saya datang dari Perlis, selain buah mangga, mereka bawa rebung juga.
Rebung jeruk sedikit berbau, saya pernah dengar ada orang kata baunya sedikit 'hancing' menyebabkan sesetengah orang tidak berselera untuk menikmatinya.

Rebung segar sedikit pahit, perlu dibersihkan dan di rebus untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa pahitnya. Kalau ditanya pada saya, tentulah saya prefer yang segar cuma memang susah untuk mendapatkannya di Shah Alam.


 Rebung Segar 

Rasanya mak saudara suami saya hanya rebus seketika sebelum di bawa ke rumah saya. Sekadar untuk mengelakkan rebung menjadi masam. Sebelum masak, saya perlu rebus sebentar lagi.




Menu kegemaran my other half, boleh bertambah tambah nasi dan sehingga menjilat jari. Nak buat macam mana kan, dah la orang utara lepas tu ala ala "Geng Mamak" pulak. Memang tak boleh lari dari makan kari macam ni. Nasib baik dia tak request masak kari setiap hari.....


 Nanti saya update resepi sebab kena siapkan kerja dulu sebelum "Big Boss" jeling....

4 comments :

pB said...

pB tak pernah cuba makan rebung

hazila said...

pB,
cubalah, sedap tau. hehehehehe...bagi yang suka memanglah sedap kan..

eB said...

rebung yg bsr2 tuh lagis edap kot eh? yg nih sellau org wat jeruk kaler kuning tu eh?

hazila said...

eB,
Yang ini saya guna rebung segar. Rebung jeruk yang warna kuning itu biasanya dari Thailand.