Monday, May 30, 2011

Panna Cotta with Caramelized Mango


Sudah makan tengahari?

Kalau sudah, alhamdulillah kenyang. Apa kata sambil sambil tu kita makan dessert dulu. Kali ini saya jamu dengan Panna Cotta with Caramelized Mango sebagai pemanis mulut.

Bahan bahan
500 ml heavy cream
500 ml susu segar
2 sudu teh vanilla extract
100 gms gula castor
4 1/2 sudu teh serbuk gelatin
6 sudu makan air dari peti ais
2 biji mangga ranum - di potong dadu
2 sudu makan gula castor
2 sudu makan air

Cara cara

1. Masukkan heavy cream, susu segar, gula dan vanilla extract ke dalam periuk.
2. Taburkan serbuk gelatin ke dalam bekas yang berisi air dari peti sejuk. Biarkan lebih kurang 5 minit.
3. Panaskan periuk yang berisi heavy cream, susu segar, gula dan vanilla extract dengan api perlahan jangan sampai meruap.
4. Setelah hampir mendidih dan semua gula telah larut, masukkan gelatin tadi. Kacau hingga sebati.
5. Tuangkan campuran Panna Cotta tadi ke dalam bekas ramekin atau gelas yang sesuai. Sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 3.4 jam atau lebih.
6. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu makan gula dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sehingga warna bertukar keperangan.
7. Masukkan air satu sudu besar lagi dan kacau sebati. Masukkan sebahagian mangga yang telah didadu. masak sehingga hampir menjadi hancur/lembik.
8. Masukkan baki buah mangga, kacau sekata dan tutup api. Ketepikan.
9. Ceduk Caramelized Mango ke atas Panna Cotta sebelum menghidang. Enak dinikmati sejuk.



9 comments :

Nieza said...

sedapnya!..terliur dah nengok gambar panna cotta akak ni...:)

Chik Mimi said...

cik kak nape kita kalau guna geletin dia jadik macam getah ke mmg camtu ?ke kita tak reti nak guna hahhaa

hazila said...

Nieza,
gambar kurang memuaskan, cam blur sikit.

hazila said...

Chik mi, rasanya kalau guna gelatin dia memang kenyal tak sam kalau kita guna serbuk agar agar. Dan ambil masa lama nak keras.

pB said...

Kat umah tu ada dua bungkus gelatin...


beli .....



tapi tak reti nak gunaaaaa .....

kasihredha said...

akak suka mango...melihat gambar ni pun tekak akak rasa segar je.

dZana said...

mango lagi.. sedapnya.. selalu gak beli mangga.. tapi tk sempat buat ape2.. dah kene belasah.. huuuu..

aLoY said...

terliur.. xpenah buat. kene cube gak ni..

SRJ said...

Omigoodness...Kak Zam, PANACOTTA is sooo my favourite!!! Nak try lah recipe nie... :)