Friday, May 20, 2011

Asam Pedas Ikan Sembilang


Salam di pagi Jumaat...
Malam tadi saya masak Asam Pedas Ikan Sembilang untuk makan malam. Hari tu masa saya ke Melaka memang asyik makan lauk ikan pedas je. Saya perasan masa makan di satu gerai tu, kalau tak silap di Simpang Ampat rasanya, dalam asam pedas tu ada daun limau purut. Sebelum ini saya selalu masak tak pernah letak pun daun limau purut, memandangkan saya ada stok daun limau purut, saya pun letak juga.

Sedapnya menikmati asam pedas yang sedikit masam masam dengan nasi putih hangat.



Bahan bahan
2 ekor ikan sembilang saiz sederhana - siang, cuci dan toskan.
1 ikat daun kesom
1 cawan air asam jawa
1 inci halia - **
1 inci lengkuas -**
1/2 inci kunyit hidup - **
Sedikit belacan - **
Garam secukup rasa
1/2 cawan cili kering kisar
1 labu bawang besar - **
2 ulas bawang putih - **
Sedikit halba - **
1 kuntum bunga kantan
1 helai daun limau purut
Sayur bendi dan tomato
Air secukupnya

** Bahan dikisar hingga lumat/halus

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar hingga halus. Biarkan hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan air secukupnya, jangan terlalu banyak nanti kuahnya akan terlalu cair, biarkan hingga kuah mendidih.
3. Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan dan daun limau purut. Biarkan ia mendidih dan masukkan air asam jawa dan garam.
4. Kemudian masukkan bendi dan buah tomato, perasakan dengan gula dan serbuk perasa jika perlu.Setelah masak, matikan api.

6 comments :

Azlita Aziz said...

asam pedas mmg fav ita..

Chik Mimi said...

cik kak sedapnya asam pedas tu

CT Delima said...

As'salam Zila...bukan kat melaka jer asam pedas yang makan sedap. asam pedas orang Johor pun sedap juga..
hehehe

k.ct suka bila masak asam pedas ni makan esoknya.dah serap ikan dgn repah2 lagi tambah sedap :)

lina said...

wah sedap nya ..i like

pB said...

teringin nak try g makan kat restoran asam pedas seksyen 7

Nuwairani said...

assalam kak...ini memang betol2 original asam pedas recipe ni! baru je tadi nuni buat asam pedas.makan sampai x hengat dunia!