Thursday, May 19, 2011

Roti Jala

 Memandangkan semalam dah masak kari, jadi pagi ni sarapan kena buat something yang boleh go along with the leftover curry.

Ada beberapa pilihan menu yang boleh dimakan dengan kari ikan semalam, samada nak buat lempeng, roti jala atau roti puri. Tapi memandangkan masa sedikit terhad dan malas lebih sedikit jadi terus decide nak buat roti jala. Lagipun sudah agak lama tak buat roti jala.

Roti jala saya terlebih warna kuning, maklumlah pagi pagi mata masih rabun ayam. Nasib baik kuning, kalau warna merah menyala, confirm tak lalu nak makan pulak. Lain macam je kan....

Roti Jala terlebih warna kuning

Rasanya ramai dah tau nak buat roti jala ni, senang je tambahan kalau gunakan botol mayo sebagai acuannya. Oh ya, perasan tak buah bewarna hitam tu?

Actually itu buah pokok kari. Walaupun pokok kari kat rumah saya ni takdelah besar sangat, ada la beberapa tangkai saja tapi selalu berbunga dan berbuah. Agak besar juga buahnya, tak taulah boleh makan atau tidak.

8 comments :

Wanieyra said...

Salam zila. Ira pun baru je buat roti jala. Sejak ada botol mayo tu, senang betul nak buat roti jala.

HomeKreation said...

Salam Hazila. Along kembali ke udara, so ni datang melawat kekawan... wah cedap ni roti jala & kari.

MRS. K said...

cantik ah roti jala die.. saya punye cacat..ekkeke

CT Delima said...

As'salam Hazila

Cantiknya roti jala kuning keemasan. Jappp! yang hitam itu benih kari kan..kat rumah bila tumbuh jer hilang kena makan dek burung ...hihihi

Anna Qawina said...

sedap dimakan tapi nak sudahkan tu makan masa sampai berpeluh jantan betina..hihi...cantiknya jala..kalau saya menjala mcm2 patern ado..

Siti Aziz said...

waaaaa....sedap nyer!!!

Adzriel @ Liza AB said...

pokok kari kat rumah liza paras buku lali je... cantik roti jala kak zila. macam segi empat corak nya.. mcm liza buat... mak aihhh berselirat.

Liza @ Adzriel AB said...

intai lagi..