Semalam ada org jual petai kat pasar. Mahal juga, 1 papan = RM1. Dah agak lama tak makan petai coz en. suami tak suka. Tapi semalam teringin nak makan sambal tumis petai, jadi dengan bangganya beli sepapan dua. Cukuplah untuk seorang makan. Mula mula ingat nak buat dengan udang tapi baru je makan udang, jadi tukar ke bilis je lah.
Bahan-bahan
200 gms ikan bilis (dibersihkan)
3 ulas bawang merah - dikisar halus
1 ulas bawang putih - dimayang
2 sudu besar cili boh @ cili kering yg telah dikisar (tambah jika ingin lagi pedas @ kisar sekali beberapa cilipadi)
santan dari 1/2 biji kelapa parut (untuk santan pekat, diperah dgn secawan air saja). kalau ikan bilis lagi byk, ambik santan dari sebiji kelapa.
1 biji bawang besar - dimayang
3 papan petai di hiris nipis
garam
minyak masak
Cara-cara
panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga layu (tapi tidak garing)
masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang, goreng untuk 2-3 minit atau hingga layu, dan tambahkan cili boh, goreng untuk 2 minit. kacau hingga sebati kesemua bahan2. masukkan santan dan bawang besar, kacau hingga sebati
masukkan garam sedikit sahaja dan petai, kecilkan api dan tutup kuali
kacau sekali sekala. pastikan api kecil. setelah pecah minyak, semuanya masak.
No comments:
Post a Comment