Bahan-bahan
Pisang emas atau pisang yg boleh dimakan mentah
2 cawan pulut - direndam 6 jam/lebih
1 cawan santan pekat
1 cawan air
Sedikit garam
Daun pisang - dilayur terlebih dahulu
Cara
- Cuci bersih beras pulut dan tos. Masukkan santan dan air serta sdikit garam. Masak seperti biasa. ( Saya gunakan microwave utk caserol rice)
- Setelah masak, biarkan sejuk seketika.
- Pisang emas di belah 2. Ambil daun pisang, letak pulut dan letak pisang ditengah tengah pulut. Lipat seperti membuat lepat. Ulang proses ini sehingga selesai.
- Ambil 2 bungkus pulut dan lipatan menghadap antara satu sama lain, ikat di bahagian atas dan bawah menggunakan tali rafia seperti di dalam gambar.
- Sediakan kukusan, kukus pulut dakap tadi lebih kurang 25 minit. Biarkan sejuk seketika dan bolehlah dinikmati.
No comments:
Post a Comment