Monday, June 23, 2008

Pudding Roti

Resepi ambil dari hana@MyR. Senang je nak buat resepi ni,maklumlah saya ni bukanlah rajin sangat,jadi kena cari resepi yg senang tapi sedap.Walaupun weekend tapi kerja tak pernah habis.. ada je yg nak dibuat.

Bahan-bahan

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair (170ml)
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air

Cara-cara
  1. Didihkan air dan masukkan gula dan agar agar.
  2. Kisar roti,susu cair dan susu pekat, kemudian masukkan ke dalam periuk yg berisi agar agar tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sehingga agak pekat.
  4. Tuang ke dalam acuan yg sesuai. Sejukkan di dalam esbok sebelum dimakan.

No comments:

Post a Comment