500 gms daging lembu
1 sudu makan serbuk kerutub
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh ketumbar biji
250 ml santan
1 sudu makan cili kisar
2 biji kentang dibelah 4
2 biji cili merah dibelah 2
Garam secukup rasa
Bahan dihiris
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Cara-cara
- Panaskan minyak, tumis bahan yg telah dihiris hingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan rempah rempah dan tumis lagi hingga garing.
- Masukkan daging dan kacu supaya daging tidak melekat. Biarkan daging setengah masak.
- Masukkan kentang dan santan. Kemudian masukkan garam dan masak hingga kuah agak pekat.
- Akhir sekali masukkan cili merah. Setelah daging masak, tutup api.
- Kalau suka, semasa menghidang bolehlah dihias dengan buah tomato dan daun ketumbar.
Salam,
ReplyDeleteMana nak dapat rempah kerutub tu? Thanks.