Wednesday, July 2, 2008

Sup Cendawan

Semalam beli cendawan tiram ni, fikir fikir apa la nak masak. Ingat nak goreng tepung tapi malam ni semua menu takde kuah. Nanti tercekik pulak my husband. So lastly decided buat sup jer.

Bahan bahan

1 packet cendawan tiram
5 biji cili padi - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dihiris
Stock ayam atau daging
1 helai daun limau purut
Garam

Bahan hiasan ( Optional )
Dan Sup
Cili merah - dihiris nipis
Bawang goreng

Cara cara
  1. Cendawan dipotong ikut selera masing masing.
  2. Tumis bawang besar,cili padi dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan stok ikut byk mana kuah yg diperlukan.
  4. Biarkan ia mendidih seketika, masukkan cendawan dan daun limau purut.
  5. Perasakan. Biarkan seketika dan boleh ditutup api.
  6. Bolehlah ditaburkan dengan daun sup,cili merah dan bawang goreng jika suka.

No comments:

Post a Comment