Bahan bahan
1 paket mee kuning ( Kalau rajin boleh buat mee sendiri)
625 ml air rebusan ayam
500 ml santan
1 paket rempah kari daging
Daun Kari
30 sen taugeh - dicelur
1 pokok sawi - dicelur
100 gms daging ayam
5 ekor udang - direbus
100 gms isi kerang
3 biji bebola ikan
1 fishcake
3 bji tauhu goreng
Garam dan bahan perasa secukupnya
Bahan Kisar
1 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 batang serai
1 biji buah keras
30 gms udang kering
Cara cara
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari, rempah, dan cili kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan air rebusan, santan,garam dan bahan perasa. Masak hingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat.
- Masukkan daging ayam,udang kerang, bebola ikan, fishcake dan tauhu goreng ke dalam kuah kari tadi. Kacau rata.
- Semasa menghidang bolehlah diletak sawi dan taugeh yg telah dicelur di atas mee dan tuangkan kuahnya.
No comments:
Post a Comment