Bahan-bahan ( 10 - 12 biji )
125 g mentega
100 g gula halus
2 biji telur gred A + 1 kuning telur
130 g tepung gandum*
3/4 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)
20 ml susu segar
70 g isi durian
30 g hazelnut, dicincang kasar
Cara-cara
- Pukul mentega, gula dan telur hingga kembang dan gula hancur. Masukkan isi durian dan terus memukul hingga sebati.
- Masukkan tepung berselang seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
- Masukkan cincangan hazelnut, dan gaul rata menggunakan spatula. Boleh juga diganti dgn walnut, badam atau tak payah letak kalau tak nak.
- Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn sebiji hazelnut. Banyak atau sikit bilangan muffin bergantung pada saiz muffin cup masing2.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit. Sejukkan atas redai.
No comments:
Post a Comment