Last week ada beli asparagus 1 ikat, tapi dah balik kampung, tak sempat masak. Malam tadi ingat nak masak asparagus dengan udang, tapi bila tengok dalam freezer stok udang dah habis. Lastly goreng dengan ikan talang kering jelah. Cari cili merah pun takde, tinggal yg hijau je, hantam sajalah.
Bahan bahan
1 ikat asparagus
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 biji cili merah
Sedikit isi ikan talang masin
Cara cara
- Isi ikan talang masin dipotong kecil dan goreng sebentar. Ketepikan.
- Tumbuk bawang putih dan bawang merah hingga halus, tumiskan hingga wangi.
- Masukkan asparagus yg telah dipotong dan goreng sebentar. Masukkan cili merah yg telah dipotong.
- Masukkan ikan masin yg telah digoreng tadi. Gaul sekata. Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.
No comments:
Post a Comment