Monday, February 16, 2009

Curi Curi Pegi JUSCO...

Dah beberapa hari bertangguh nak gi JUSCO sebab nak cari barang nak buat Takoyaki. Ajak my husband pegi, macam macam alasan dia bagi. So tengahari tadi dia minta tolong buat something, so dengan bangganya saya bersetuju sebab dah terfikir dalam kepala otak ni nak melencong jap. So lepas settle apa yg disuruh, saya merayap gi AEON Bukit Tinggi kat Klang. Pusing sana pusing sini mencari tepung Tako tapi tak jumpa, tanya pekerja kat situ pun dia tak tau benda apa. Yang ada org jual Takoyaki yg dah siap tu. Benda yang dicari tak ada, benda lain yang dibeli, standardlah kan, takkan nak balik tangan kosong jer.

2 comments:

  1. k zila,tepung tako tu mmg susah nak cari.tp klu okonomiyaki mmg banyak. sya cari dah merate JJ tak jumpe. tu yg sudahnye pakai je tepung gandum & campurkan dengan tpg ubi.adela rase sikit....tp baru2 ni k za kate boleh gak campurkan dgn tepung tempura.

    ReplyDelete
  2. Dah byk kali gak akak merayau kat JJ Bukit Tinggi,Puchong dan Bukit Raja tapi takde gak. Itu yang asyik bertangguh jer.

    ReplyDelete