Bahan bahan
- 300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
- 5 biji bawang merah *
- 3 ulas bawang putih *
- 1 batang serai*
- 1/2 inci halia *
- 3 cm lengkuas*
- 1/2 inci belacan bakar*
- 1 batang serai (diketuk)
- 5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
- 2 sudu makan gula merah/gula melaka
- garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
- air secukupnya
- Meat balls
Cara-cara
- Kisar bahan2 bertanda *.
- Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
- Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
- Masukkan meat balls.
- Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
- Hidangkan setelah masak.
menjejes ayaq lioq... hu hu hu... nak jadik jiran leh tak? hari2 leh dpt mkn sedap kan? heh heh heh
ReplyDeleteBoleh boleh... sebelah rumah tu padang. Kena buat rumah dulu la ye.
ReplyDeleteNasi impittttt!!! Adey!! Love suka sgt kat dia tau! Sll cari kat Bazaar Ramadhan, klu tak susah nak dptnya! ;) Dengan rendang ayam, uish uish uish! Sedap tak terhingga!
ReplyDeletehebat tu, kuah kacang ada meat ball. mesti kacang-kacang tu terkejut. he he he
ReplyDeleteIni memang betul2 fusion....sedap tak!!!
ReplyDeleteLove,
ReplyDeleteNasi impit tu yg ready made jenama NONA.
Kak Gerau,
ReplyDeleteBukan setakat kacang je terkejut, perut tuan rumah pun dah konpius.
Kak watie,
ReplyDeletehehehe...rasa cam kuah kacang biasa tu je. Cuma agenda nak menghabiskan meeatballs sebelum xpired.