Saturday, April 24, 2010
Chocolate and Cheese Cake
Patutnya Marble Cheese Cake tapi bila dah buat marble tapi tak nampak langsung marblenya terpaksalah tukar nama. Tapi rasa tetap maintain.
Actually buat tengahari tadi sebab sepupu suami saya nak datang rumah. So tak kanlah nak jamu air dengan biskut tawar je kan. Kenalah rajin rajinkan sikit.
Resepi asal dari umifiza dari MyR, tapi sebabkan oven saya rosak jadi saya terpaksa gunakan kaedah mengukus. Teksture nya lebih moist.
Bahan A
185gm butter
1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung naik sendiri
2 biji telur
Bahan B
250gm cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
* Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
* Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
* Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
* Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter.
* Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong.
salam
ReplyDeletehuhu..telan air liur ja la...kek cokelat peberet akak la...
kecurnya...arghhhh...
ReplyDelete